09Aug

Alt Media Melancarkan Tonton – Hulu Versi Malaysia

Web 2.0

Selain daripada menyediakan video melalui web, kini Alt Media Sdn Bhd melancarkan Tonton.com.my, yang membolehkan anda mengikuti pelbagai video dan siri menarik secara terus melalui web tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.


Laman Tonton

Tonton.com.my yang kini masih lagi dalam peringkat beta boleh dikatakan sebagai Hulu versi Malaysia, yang mana membolehkan mereka-mereka yang sukar untuk meninggalkan komputer untuk mengikuti pelbagai rancangan menarik secara terus melalui kaca monitor mereka.

Buat masa ini, Tonton.com.my menawarkan tujuh saluran, termasuk TV3, NTV7, 8TV, TV9, WWE Classics dan juga Tonton Eksklusif. Pada masa yang sama, para pengguna terlebih dahulu diperlukan untuk mendaftarkan diri mereka di laman tersebut untuk mengikuti rancangan video di laman tersebut.

Ianya juga dijangkakan yang mana Tonton kelak bakal boleh diakses melalui pelbagai gajet mudah-alih, termasuk iPad, iPhone, Blackberry dan juga gajet-gajet Android.


Mau.my Bakal Membolehkan Pengiklanan Terus Pada Halaman Facebook
TweetDeck Kini Milik Twitter
Angka Pengguna Groupon Malaysia Melangkaui 500,000 Orang
Mol Global Bakal Menjana Lebih RM1.5 Billion Hasil IPO Facebook Pada Tahun Ini
SoftSpace Bakal Turut Menyokong Pembacaan Cip MyKad - Berharga RM300

5 Komen

  1. Sham Hardy pada 10 Aug 2010

    serious shit la aku cakap mmg aku puji habis la company buat nih.. awesome habis! :D

  2. wawan pada 10 Aug 2010

    orgasmic!

  3. junaidijunaidin pada 30 Aug 2010

    ada cas tanbahan ke?

  4. bukhari Bin Mansor pada 26 Oct 2010

    saya telah daftar dalam tonton tetapi masih tidak boleh login

  5. ell hussaini pada 11 Feb 2011

    minta jasa baik anda siarkan semua drama yg tak berpeluang saya tontoni sblom ni spt natasha2, seputih qaseh ramadhan, da di du, lebai pondok lebai kodok dan yg lain2. terima kasih


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader