18Aug

Apakah Masa Depan FeedMalaya?

Web 2.0

Setelah sekian lama tanpa perkembangan FeedMalaya, kini para pembangunnya memperlihatkan statistik semasa laman berkenaan, disamping membincangkan mengenai masa depan laman dan juga kod disebalik FeedMalaya.

Buat masa ini, pembangun disebalik FeedMalaya, iaitu Bat Huzairy dan juga Mior Crynobone sedang mempertimbangkan tiga perkara yang mungkin mereka akan lakukan terhadap laman FeedMalaya, iaitu antara:

  • Melepaskan kod sumber disebalik laman FeedMalaya kepada umum dibawah lesen sumber terbuka.
  • Meneruskan pembangunan FeedMalaya dengan struktur kod yang baru.
  • Mengubah kod disebalik FeedMalaya sebagai plugin WordPress, dan melepaskannya kepada umum.


Statistik Semasa FeedMalaya [via]

Para pengguna juga boleh menyumbangkan segala idea berkenaan dengan masa depan FeedMalaya kepada pembangun melalui blog beliau. FeedMalaya merupakan antara blog aggregator yang terawal di Malaysia, menyambung tradisi Blogtitude yang sudah sekian lama berkubur.


ChurpChurp - Media Pengiklanan Twitter Dari NuffNang
Facebook Kini Menyokong Imej Lebih Berkualiti
Pengguna Facebook Malaysia Melangkaui Angka 10 Juta
Antaramuka Pembangunan Aplikasi TableFourUs Diperlihatkan
FoodPanda Dilancarkan - Tempah Makanan Terus Daripada Komputer Anda

13 Komen

  1. Zinedine Zaiddin pada 18 Aug 2010

    Kalau benda bagus, elok lah diteruskan…

  2. MouseHitam pada 18 Aug 2010

    Seperti kebanyakan laman web yg diusahakan kumpulan ini, apa yg terserlah ialah kebolehan anak tempatan bereksperimen dan membina sistem yg baik.

    Malangnya, ahli2 kumpulan ini punya kerja tetap. Oleh sbb itu, kolaborasi utk siapkan projek mungkin jadi masalah besar. Masalah kedua ialah laman2 web mereka tidak menjana wang dengan serius. Jadi saya rasa motivasi untuk menjadikan laman2 ini benar2 meletup tidak ada.

    Saya sedih melihatkan laman2 web kumpulan ini yg tergendala — dari mentariworks kepada feedmalaya.

    Ia mungkin akan jadi seperti KreativeThemes.com . Barang yg dijual hebat dan lebih baik dari yg dijual oleh mat/minah salleh , tetapi kerana tiada perancangan marketing yg baik, cuma dua tiga kerat manusia saja yg tahu ia wujud. Jadi program membership mereka terkubur begitu saja.

    Maaf saya tiada nasihat yg dapat saya berikan. Saya ingin luahkan rasa hati saya yg sedih melihat talent anak2 Melayu yg akhirnya mati.

    • Amirul Faisyal pada 19 Aug 2010

      Terima kasih MouseHitam atas concern saudara kepada kami (tiba2 pulak KreativeThemes masuk sekali, hoho). Cuma saya nak ulas berkenaan komen saudara berkenaan program membership kami.

      Sebenarnya program membership kami tak pernah berkubur, even kalau saudara pergi ke laman web kami, kami masih mengekalkan membership plan di bahagian pricing. Namun sebagai sebuah startup muda kami masih lagi ‘bereksperimen’ dalam mencari harga yang terbaik untuk kami tawarkan kepada bakal pengguna kami.

      Juga sama seperti MW dan FeedMalaya, kami juga menguruskan KreativeThemes secara part-time basis, kerana kedua-dua co-founder masih lagi belajar di universiti dan kami juga punyai batasan masa untuk mengimplementasikan idea-idea kami.

      Apapun, terima kasih banyak-banyak MouseHitam for your concern. Based on your writing I believe you might be one of the great supporters for Malaysian startup and I hope you won’t stop supporting them, insyaAllah there’ll be a lot of success stories soon. ;)

    • Iwani Khalid pada 22 Aug 2010

      Hi MouseHitam,

      You sound like someone who’s really concerned about the local scene and I totally salute you for that.

      But let me ask you one thing, have it ever occurred to you things that local devvies do seem to have short time span because of

      1) Unexpected local market
      2) Silent supporters
      3) Silent haters (these, are the worst. They love to watch people fall… )
      4) Haters
      5) Unnecessary competition amongst local developers themselves / no mission to bring the local industry to a more respectable level

      I don’t know whether I can say this on behalf of every local developer here or not but we get appreciated more when we do stuffs for overseas / international market… it’s sad really but that’s reality

  3. Piratz pada 18 Aug 2010

    kesemua point aku sokong..

  4. crynobone pada 19 Aug 2010

    Thanks Amanz dan MouseHitam…

    Sememangnya FeedMalaya start off sebagai pet projek and memang daripada awal kita agree this is a community based projek, walaupun memang mudah untuk buat instant revenue dengan add advertisement tapi we ignore that possibility until now.

    So far the cost hanya shared hosting + yearly domain fee, but yang penting we did learn few leason, we found few bottleneck with our setup and we do have few interesting feature to be included but again akan berbalik kepada our business model. The more we progress the more it going to cost us to maintain it.

    So far Huzairy dengan aku sendiri prefer the GPL concept, but to turn a web service to a web downloadable app memerlukan lebih banyak kerja in term of standardizing coding structure dan documentation, but even WordPress when through a long road before reaching here.

    Kami welcome all komen, pandangan dan kritikan… :)

  5. mohdisa pada 19 Aug 2010

    aku rasa elok diteruskan, perbaharui kod…kira semua point tu ada faedahnyalah…saya sokong!

  6. vangardx pada 19 Aug 2010

    selagi produk itu buatan kita..selagai tu aku sokong

  7. izzat aziz pada 19 Aug 2010

    release code sebagai open source untuk bagi community develop..hehe

  8. mancai pada 20 Aug 2010

    poin2 kat atas aku amat2 setuju… penghebahan juga amat2 penting untuk menjadikanya satu realiti.. sokong 300%

  9. aizuddinmanap pada 20 Aug 2010

    menarik jugak melepaskan kod sumber feedmalaya :)

  10. Ali ridha pada 21 Aug 2010

    sokong produk buatan tempatan.


Trackbacks/Pingbacks

  1. FeedMalaya.com future | vangardx.net

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader