12Aug

Bing Kini Bekerjasama Bersama PopCap

e-Permainan, Microsoft

Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Microsoft Corporation, bagi memastikan para pengguna beralih kepada enjin carian mereka, iaitu Bing. Mengikut statistik terkini daripada lama Alexa, Bing kini berada di tangga yang ke-22 ditinggalkan jauh oleh pendahulunya iaitu Google yang berada pada ranking nombor 1 dan Facebook pada ranking nombor 2.

Bagi menarik perhatian, pihak Microsoft telahpun memasang perisian permainan secara online. Ia bukan seperti pihak Google yang menjadikan game PacMan sebagai Doodle mereka, bahkan mereka menyediakan satu laman khas untuk bermain permainan yang menarik dan terkenal, antaranya Plants Vs Zombie yang meletup ketika tahun lepas.

Selain permainan yang menarik ini, turut disertakan bersama permainan Hexic, Bejeweled 2 dan pelbagai lagi permainan yang dikeluarkan oleh PopCap. Mungkin inilah peluang anda untuk bertarung secara online, siapa yang lagi hebat dalam menewaskan zombie yang ingin memakan otak anda bersama-sama rakan anda.

Sila lawati laman ini untuk melihat senarai permainan yang disediakan oleh pihak Microsoft pada laman carian Bing.

Ditulis oleh Frantz.


Command & Conquer : Red Alert 3 Bakal Keluar Akhir Tahun 2008
Office 2010 Build 4417 Di Laman Torrent
Saluran Pembangun Windows Phone 7 Diperkemaskini
Ikon Awal "Aero Lite" Untuk Windows 8 Mula Kelihatan
Amazon, Nokia Dan Microsoft Pernah Ingin Mengambil-Alih RIM?

5 Komen

  1. Syafrizal pada 12 Aug 2010

    Plants vs Zombies.. game kegemaran ku dahulu heheh

  2. finalcross pada 13 Aug 2010

    woah! game plants VS zombie ni aku dh khatam dh. sgt ketagih bile bermain. huhu

  3. hafidz pada 13 Aug 2010

    Wah~ Best beb game nih! =)

  4. nazra pada 13 Aug 2010

    memang best lah zombies ni! :P

  5. RIS-IT pada 14 Aug 2010

    Game tu tak pernah aku main sbb aku bukan minat sangat ngan game ni.
    Tapi memandangkan ramai yang memuji, teringin gak nak main.
    Jom main.


Tinggalkan Komen Anda