Cari @ Amanz

Jikalau sehingga kini, para pengguna Blogger agak sukar untuk menguruskan sistem komen mereka, disamping para pengguna perlu melalui sistem CAPTCHA untuk meninggalkan komen, ianya bakal berubah tidak lama lagi.


Panel Pengurusan Komen Di Blogger

Untuk mengurangkan angka spam pada blog, para pengguna Blogger sehingga kini terpaksa mengaktifkan sistem CAPTCHA yang mana sedikit sebanyak membuatkan para pembaca kurang meninggalkan komen. Menariknya, kini, kesemua komen di Blogger akan melalui sistem penapisan Google tersendiri, sekaligus menjadikan keperluan CAPTCHA padanya bukan lagi suatu keperluan.

Selain daripada itu, para pemilik blog juga akan dapat melihat panel pengurusan komen yang mana kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada kesemua pengguna. Melaluinya, para pemilik blog bakal dapat melihat kesemua komen pada blog mereka dalam keadaan yang tersusun sama seperti pada WordPress iaitu, komen yang telah diaktifkan, komen yang menunggu pengesahan dan juga komen spam.

Kini, Google memberikan perhatian yang serius pada sistem blog mereka, dimana sedikit demi sedikit fungsi baru diperkenalkan oleh mereka dari masa ke semasa, sekaligus memberikan cabaran yang amat sengit kepada platform blog yang lain, termasuk WordPress.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd