Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah menguji fungsi statistik melalui Blogger In Draft pada bulan Julai yang lalu, kini pihak Blogger sudah pun bersedia sepenuhnya, dan kini mereka memperkenalkan Blogger Stats kepada ke semua pengguna Blogger seluruh dunia.

Antaramuka Blogger Stats
Melalui Blogger Stats, para penulis yang menggunakan perkhidmatan blog percuma Google itu boleh melihat statistik masa-nyata blog mereka yang mana diintegrasikan sepenuhnya pada setiap blog yang beralamatkan Blogspot itu.
Menariknya, ianya telah pun diaktifkan secara automatik untuk setiap blog Blogger, dan para penggunanya boleh mengakses Blogger Stats melalui tab Stats di dashboard masing-masing.
Melalui Blogger Stats, ianya membawakan statistik masa nyata, dimana setiap perubahan statistik diperlihatkan kepada anda sebaik sahaja ianya berlaku, selain anda juga boleh melihat kata kunci popular pada blog anda, dan pelayar web dan darimana para pembaca anda datang. Segalanya itu diperlihatkan pada suatu antaramuka yang amat menarik sekali.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
menarik ni.
aku rasa die punya data pun agak bagus sbb aku mmg dah try yg beta dlm draft
bagus la,lepas ni pengguna blogspot boleh lihat stats
hohoho…aku rasa mcm best je blogger stats ni. lepas ni ramai la pengguna blogger screenshot blogger stat blog mereka…hahaha…blog aku la paling ramai org masuk. pastu ada tips2 nk tingkatkan blogger stats plak.
p/s : nasib baik aku masih ada blog blogspot. yeah !
fungsi ni mmg penting
tetap layan blogspot walaupun ada wp
hehe
apapun untuk kemudahan yang berguna kepada pengguna
macam ni bagus. stats adalah fungsi yang patut ada di setiap blog. aku berubah ke wordpress sebab blogspot tak de stats la