20Aug

Celcom Broadband – Jalur-Lebar Mudah Alih Mampu Milik

Telekomunikasi

Selain daripada menawarkan servis internet Blackberry serendah RM0.50 sehari, Celcom juga menawarkan perkhidmatan jalur-lebar mudah alih mereka pada harga yang amat murah, iaitu serendah RM48 sebulan untuk kelajuan sehingga 328kbps.

Celcom merupakan antara penawar jalur-lebar mudah alih dengan liputan yang menyeluruh di Malaysia, dengan sokongan kelajuan sehingga 3.6Mbps membolehkan anda melayari laman web, mengakses ke laman sosial, menyemak baki anda pada akaun bank dalam talian, menonton video dan sebagainya secara terus dalam talian walaupun dimana sahaja anda berada. Ini kerana Celcom Broadband mempunyai liputan jalur-lebar yang amat meluas, membolehkan anda mengakses internet walaupun dimana sahaja anda berada.


Pakej Celcom Broadband Baru

Menariknya, untuk tempoh tiga bulan pertama, anda boleh mendapatkan akses kepada internet dengan potongan sehingga RM10 sebulan, sekaligus menjadikan bil bulanan anda serendah RM38 sebulan. Anda boleh melanggan servis jalur-lebar Celcom ini tanpa sebarang bayaran tambahan sekiranya anda sedia mempunyai perantian jalur-lebar mudah alih dan hanya menambah RM100 sekiranya inginkan perantian mudah-alih untuk jalur-lebar.


Promo Untuk 3 Bulan Pertama

Pada masa yang sama, anda juga turut sama boleh melanggan servis internet jalur-lebar mudah-alih Celcom dengan memilih beberapa pakej yang sedia ditawarkan, termasuk melanggannya bersama-sama dengan netbook HP pada harga semurah RM888, ataupun memiliki Celcom Broadband Wireless Gateway (membolehkan anda berkongsi talian internet bersama rakan-rakan anda yang lain melalui WiFi) pada harga serendah RM350 bersama-sama dengan pakej Celcom Broadband pilihan anda.


Perantian Bersama Celcom Broadband

Dan sekiranya anda sedia merupakan pelanggan Celcom, anda boleh menambah pakej internet jalur-lebar internet pada harga serendah RM38 sebulan untuk kelajuan 384kpbs tanpa sebarang ikatan kontrak dan sebagainya.


Celcom Broadband Bersama Panggilan Suara

Selain menawarkan kelajuan dan sambungan jalur-lebar yang konsisten, Celcom Broadband juga merupakan penyedia nombor 1 di Malaysia dengan liputan jalur-lebar yang terluas sekali, sekaligus menjadikannya sebagai komuniti jalur-lebar mudah-alih yang amat besar di Malaysia. Pada masa yang sama, Celcom juga menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik di Asia Pasifik selain pernah memenangi anugerah Frost & Sullivan sepanjang 2 tahun berturut-turut.

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM500 dengan hanya melanggan untuk pakej jalur lebar Celcom?


Maxis Turut Bersedia Untuk Melancarkan iPhone 4
Maxis Memperkenalkan Servis Tweet2Me
Maxis Dan HTC Mengumumkan Kerjasama Strategik
TM Bakal Menayangkan Dokumentari Ringkas Berkaitan UniFi Esok
Celcom Turut Sama Menawarkan Samsung Galaxy Tab 7 Plus

12 Komen

  1. SyahDila pada 20 Aug 2010

    promote celcom ek?? hahhaa

  2. Ali ridha pada 20 Aug 2010

    kerajaan bgi subsidi ni………….

    • Farid pada 24 Aug 2010

      Kawan usah berbicara pasal subsidi ini “paid posting” jadi support sikit blogger kita. Sepekara lagi “susidi” bunyi semacam la.

  3. Ami pada 20 Aug 2010

    Bro,hang dah jadi promoter Celcom ke? Atau celcom bayar hang brp?

  4. fnd pada 20 Aug 2010

    celcom memg superb..paling murah..

  5. paeh pada 20 Aug 2010

    potongan cukai sampai 500. gila ah….

  6. Piratz pada 20 Aug 2010

    1gb bandwidth seminggu dah abes.. Harap celcom boleh tambah bandwith lagi..

    • Luth Textile pada 20 Aug 2010

      tu la.. murah tapi BW dia 1gb
      Kalau lagi banyak bandwith, lagi gembira pengguna macam kitorang nie. ;) hehe

  7. MK pada 20 Aug 2010

    Macam boleh je digunakan untuk telefon bimbit aku yang kurang pintar ini. Weh betul ek dapat potong cukai sampai RM 500? Bahagie.

  8. zul pada 22 Aug 2010

    bagi aku lah..sebenarnya celcom semakin murah untuk dimiliki…

  9. mohdisa pada 23 Aug 2010

    member aku pakai celcom bb gak kat sini. jji laju. hehe

  10. muhammad nazri bin abd manaf pada 29 Sep 2010

    website ini perlu diubah suai


Tinggalkan Komen Anda