28Aug

Chrome 7 Bakal Menyokong Penggunaan GPU

Google, Sumber Terbuka

Sebelum ini, Microsoft amat bangga dengan fungsi penggunaan hardware untuk melajukan pelayaran pada Internet Explorer 9, kini nampaknya fungsi tersebut bakal digunakan pada Chrome terlebih dahulu melalui Chrome 7 sementara menunggu ketibaan Internet Explorer 9.

Chromium 7
Chromium 7 Sudah Mencecah Angka 7 Minggu Lalu [via]

Melalui versi Chromium terkini, pelayar web tersebut kini menghantar beberapa data untuk membuka laman web terus kepada GPU, membuatkan prestasi pelayar web yang lebih mantap, selain menggunakan kuasa CPU yang lebih kurang. Menariknya, bukan sahaja kandungan 3D yang menerima kesannya, malah kandungan 2D juga boleh mengguna-pakai fungsi GPU ini.

Melalui blog Chromium, pihak pembangunnya memperkatakan yang mana kini, segala grafik diuruskan dibawak proses yang baru, yang mana dipanggil sebagai proses GPU. Melaluinya, ia menerima arahan dan menghantarnya kepada OpenGL ataupun Direct3D untuk memperlihatkan kandungannya.

Mungkin tidak lama lagi, kebanyakkan pelayar web akan memperkenalkan fungsi ini, sekaligus menjadikan pelayaran web itu lebih stabil dan menarik berbanding sebelumnya, dengan gambar dan grafik 3D dan 2D yang lebih tajam dan menyejukan mata.


Hello world!
Google Mempromosi Chrome Dan Firefox Melalui GMail
Pendapatan Dari Windows 7 Di Jangka $1.5 Billion
Oneiric Ocelot Membawakan Skrin Log Masuk Yang Serba Baru
Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%

2 Komen

  1. ishak pada 30 Aug 2010

    wah bagus ni…best gak

  2. mancai pada 31 Aug 2010

    mau di cuba ni nampaknya… nampak menarik


Tinggalkan Komen Anda