05Aug

Versi Pembangunan Chrome OS Menyertakan Cloud Print

Google

Ianya sudah agak lama kita tidak mendengar sebarang perkembangan Google Cloud Print. Namun begitu, ianya bukanlah bermakna Google telah melupakannya, kerana kini, para versi pembangunan Chrome OS, komponen Google Cloud Print telah pun mula kelihatan.


Pilihan Tetapan Percetakan Awan Pada Chrome OS [via]

Ianya sedia diketahui yang mana perkomputeran awan akan menjadi suatu trend yang baru pada tahun akan datang, dan pelbagai pengeluar pencetak, telah pun menyatakan sokongan untuk cetakan melalui awan seperti yang diperlihatkan oleh Google.


Bagaimana Percetakan Awan Berfungsi?

Chrome OS pada masa yang sama memperlihatkan perkembangan yang positif, dan mungkin kita akan dapat melihat netbook ataupun tablet dengan Chrome OS menjelang penghujung tahun ini. Melalui Chrome OS kelak, Google bakal memperlihatkan sistem operasi yang sepenuhnya menggunakan internet untuk beroperasi.


Google Menceburi Bidang Domain Parking
Chrome 2.0.168.0 Menggunakan Enjin V8 Terkini
Picasa 3.8 Menyokong Sehingga 38 Bahasa
Disco Kini Membawakan Sokongan Twitter Dan SMS
Antaramuka Chrome Dengan Sokongan Skrin Sentuh Diperlihatkan

1 Komen

  1. Ali ridha pada 05 Aug 2010

    internet umah aku lambat.cam nk guna
    sang Chrome OS.


Tinggalkan Komen Anda