18Aug

Chromium Mencecah Angka Versi 7

Google, Sumber Terbuka

Seperti yang dinantikan, kini versi pembangunan Chromium sudah pun mencecah versi 7, sementara versi stabil Google Chrome kini adalah 5, dan versi beta 6 sudah pun boleh diuji oleh para pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, fungsi-fungsi yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengan Google Chrome 7 masih lagi tidak diketahui, namun begitu, antara perkara yang diperkatakan adalah fungsi web apps yang mana telah pun diperkenalkan pada Chrome 6.

Fungsi web app tidak diaktifkan pada Chrome 6, dan mungkin tetapannya berubah kelak pada Chrome 7 kelak. Selain itu, pelbagai fungsi yang berkait-rapat dengan Chrome OS juga dijangka akan diperkenalkan pada Chrome secara berperingkat.

Bagi para pengguna yang melanggan saluran pembangun Chrome, mungkin versi pembangunan Chrome 7 akan diperkenalkan dalam minggu ini. Versi akhir Google Chrome 7 dijangka akan menemui para pengguna seawal penghujung bulan September kelak. Sementara itu, anda mungkin boleh mencuba dan menguji Chromium 7 ini.


BarCampMalaysia : Google Android
Akses Google Calender Secara Offline
Ubuntu 11.10 Beta Sedia Diuji Oleh Semua
Aplikasi Android Dan iOS Google+ Diperkenalkan Untuk Pengguna Malaysia
Android Ice Cream Sandwich Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

3 Komen

  1. zairie pada 18 Aug 2010

    macam menarik je… sy peminat chrome

  2. FiKRi91 pada 18 Aug 2010

    wow!!..update lagi chrome..
    agak2 bila ae final chrome ney??
    aku setkat ney guna firefox jew r..

  3. mrnamie pada 18 Aug 2010

    macam nak try pakai chromium ni.. best ke?


Tinggalkan Komen Anda