30Aug

Cisco Mungkin Akan Mengambil Alih Skype?

Lain-lain, Web 2.0

Skype yang kini mempunyai hampir 600 juta pengguna diura-urakan ditawarkan oleh Cisco untuk dimiliki. Ianya diperkatakan yang mana Cisco harap akan dapat miliki Skype sebelum ianya selesai melalui proses IPO.

Aplikasi Skype
Aplikasi Skype Pada Windows

Sekiranya perkara ini benar, ianya dijangka antara pembelian terbesar pernah dilakukan dengan harga yang mencecah sehingga lebih $5 billion. Menariknya, ianya diperkatakan yang mana Google juga turut sama berminat untuk mendapatkan Skype, namun menarik diri daripada membuat tawaran memandangkan ianya akan melibatkan antitrust dan sebagainya.

Pada minggu lepas, Google telah memperkenalkan fungsi panggilan secara terus daripada GMail kepada mana-mana talian di US, selain turut memperkenalkan plugin panggilan video dan suara untuk para pengguna Linux. Pada masa yang sama, ianya juga diura-urakan yang mana Facebook turut sama dalam perancangan untuk memperkenalkan fungsi sembang video dan suara pada platform mereka.


MySpace Memperkenalkan Fungsi Carian Imej
Gumuu Kini Menyokong Muat-Naik Sehingga 1GB
Nokia Hentikan Tawaran Muzik Percuma
Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz - Tajaan @TeratoTech
#Tips : Uruskan Tugas Berkumpulan Dengan Efektif Melalui Trello

4 Komen

  1. mancai pada 31 Aug 2010

    apalah agaknya yang di rancangkan oleh cisco ni erk?

  2. Wan pada 31 Aug 2010

    cisco compeny network dari america
    bila la aku nak jadi pengguna skype ni hehe

  3. Affan pada 01 Sep 2010

    aku pnh dgr cisco ni sbb kalau U aku, setiap kali nk login mesti ada logo cisco.
    taktau pulak US punya. hehe.

    eh, facebook pun nk join gak

  4. kaizer pada 01 Sep 2010

    semua dari US je ni..bila syarikat Malaysia pulak nk join diorg ni..?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader