09Aug

Debian 6 Mencapai Status “Frozen”

Linux, Perisian, Sumber Terbuka

Satu berita yang paling menggembirakan buat pengguna Linux Debian. Kini, Debian 6 atau dikenali sebagai Debian “Squeeze” telah mencapai status “frozen”, iaitu di mana Debian 6 tidak lagi akan menambah sebarang fungsi baru dalam distro tersebut.

Pengumuman ini dibuat setelah Persidangan Pembangunan Debian atau “Deconf10″  yang diadakan di New York. Kini, Debian 6 sedang mengalami proses membuang segala pepijat atau dikenali sebagai “bugfixing” bagi mencapai taraf paling stabil dan selamat untuk diguna pakai oleh pengguna nanti.

Debian 6 bakal menggunakan persekitaran KDE 4.4.5 atau Gnome 2.30.0 atau LXDE 0.5.0 atau XFCE 4.6.2 dan juga sistem X.org versi 7.5.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai operasi pembuangan pepijat dalam Debian 6 ini, anda boleh menyertai krew mereka melalui IRC di saluran #debian-bugs pada irc.debian.org sekaligus memastikan segala masalah pepijat dalam Debian 6 dapat diselesaikan dengan baik.

Untuk pengetahuan anda, pengumuman ini juga merupakan satu berita yang baik buat komuniti Mambang dimana mereka kini sedang membangunkan Distro Linux yang dikenali sebagai OshiriX kerana mereka menggunakan Debian sebagai base untuk OshiriX tersebut. Semoga mereka bergembira dengan berita ini dan teruskan membina OshiriX, Linux buatan orang melayu!

Ditulis oleh Frantz


Muat-Turun Firefox 3.6 Sekarang
Pelbagai Fungsi Baru Melalui BlackBerry OS 6.0
Chrome 10 Membawakan Peningkatan Pada Enjin JavaScript
Chrome Bereksperimen Dengan Halaman Skrin Memfokuskan Aplikasi
Aplikasi Ziggy Membawakan Bantuan Pintar Berasaskan Suara Kepada Windows Phone

2 Komen

  1. Ali ridha pada 11 Aug 2010

    cam pernah dengar je Linux jenis
    ni.aku xpasti kat mane.

  2. K pada 13 Dec 2010

    pergh makin femes abg #mambang kudos to them!


Tinggalkan Komen Anda