27Aug

Diaspora Bakal Di Lancarkan Pada 15 September

Sumber Terbuka, Web 2.0

Setelah sekian lama sunyi tanpa sebarang perkembangan, kini pihak pembangun disebalik Diaspora telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan Diaspora seawal 15 September, dimana para pengguna boleh mendapatkan akses kepada kod sumber Diaspora dalam jangka masa tiga minggu lagi.

Bagi yang tidak mengenali Diaspora, ianya merupakan salah satu alternatif sumber-terbuka kepada laman sosial Facebook yang dimulakan oleh beberapa orang pelajar ketika ramai yang menyuarakan mengenai privasi di Facebook.

Diaspora
Antaramuka Awal Diaspora

Sebelum ini, pihak pembangun mereka telah memperlihatkan beberapa antaramuka terawal laman tersebut, dan juga perancangan untuk Diaspora, dan mungkin kini ianya telah berevolusi sepenuhnya, dan mungkin akan membawakan suatu bentuk laman sosial yang amat diminati ramai.

Melalui Diaspora kelak, para pengguna akan mendapat kawalan sepenuhnya keatas privasi dan data yang dikongsikan mereka, selain ianya merupakan salah satu rangkaian sosial berasaskan sumber terbuka. Sama-sama kita nantikan pelancarannya pada 15 September kelak.


Twitter Memperkenalkan Enjin Penemuan
Flock 2.5 Mengintegrasikan Fungsi Twitter
Jolicloud Bakal Memperkenalkan Netbook Sosial?
Kerajaan Bakal Memperkenalkan Portal Web Sosial?
Terdapat Lebih 6.5 Juta Pengguna Facebook Hanya Di Kuala Lumpur

6 Komen

  1. maximus pada 27 Aug 2010

    kita tunggu dan lihat..dapat x diaspora ni saingi kegilaan facebook nanti

  2. KNizam pada 27 Aug 2010

    cool!

  3. kaizerlee pada 27 Aug 2010

    nak tarik perhatian ramai,kena ada game online..baru pengguna fb beralih ke diaspora

  4. hafidz pada 28 Aug 2010

    Salam.
    Diaspora bakal menjadi pesaing sengit facebook~

  5. RIS-IT pada 28 Aug 2010

    Wahhh… bertambah2 lagi laman sosial terbaru. Dah la aku baru je buka millatfacebook.
    Entahla… rasanya dah tak terlayan banyak sangat laman sosial lelain.
    Kita tunggu dan lihat.

  6. Ali ridha pada 30 Aug 2010

    privasi tu penting…
    same2 kite nnt kan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader