05Aug

Facebook Membeli Hak Cipta Milik Friendster Dari MOL

Web 2.0

Seperti sedia maklum, Friendster merupakan rangkaian sosial pertama didunia, dan semestinya memegang pelbagai hak cipta yang berkaitan dengan dunia rangkaian sosial. Menariknya, kini dimaklumkan yang mana Facebook telah pun membeli pelbagai hak cipta yang dipegang oleh Friendster pada harga $40 juta.


Hak Cipta Friendster Kini Di Ambil Alih Oleh Facebook

Sebelum ini, MOL Global telah pun mengambil alih Friendster pada harga lebih kurang $39.5 juta, dan menerima pelbagai kritikan ke atas pembelian Friendster. Kemudiannya, ianya dikatakan yang Facebook telah pun berbincang bersama-sama dengan MOL untuk membeli hak cipta yang dipegang oleh mereka, sebagai ganti kepada pengiklanan pada Facebook, dan juga termasuk kerjasama dalam menyediakan platform pembayaran, serta untuk tunai $40 juta.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana MOL Global yang dahulunya dikritik ke atas pembelian Friendster, telah berjaya mendapatkan balik duit mereka dalam masa beberapa bulan sahaja. Pada masa yang sama, mereka berjaya meendapatkan salah satu cara untuk mengembangkan lagi platform pembayaran mereka.


Hasil Facebook Like Rakan-Rakan Akan Diperlihatkan Pada Bing Mulai Minggu Ini
Halaman Facebook OhMediaFM Digodam Lagi
MediaFire Menjadi Laman Perkongsian Fail Pilihan Utama Pengguna Tempatan
Twitter Mengambil-Alih Posterous
Tabung Haji Menyertai Penerbitan Buku Digital - Melancarkan Aplikasi Untuk iPad

13 Komen

  1. Affan pada 05 Aug 2010

    bukan friendster ada org Malaysia beli ke? hmm

    • TMUkmkd pada 05 Aug 2010

      mol tu rasanya malaysia punya. FB beli dari dia.

      • aMaNz pada 05 Aug 2010

        FB just beli paten jer. tak beli friendster.

  2. ariff pada 05 Aug 2010

    pergghh.. kaya.
    MOL memang pandai nampak benda ni awal2

  3. Zairi Zaidi pada 05 Aug 2010

    memang bijak mol ni…

  4. Ali ridha pada 05 Aug 2010

    Tu la hampa dulu kutuk si mol.
    skrng ni depa dah dpt blk duit depa.
    mol dah hidu benda awal2 lgi.

  5. Scromix pada 05 Aug 2010

    beli pattern je jadi cmne?

  6. tekong pada 05 Aug 2010

    Patent bukan pattern.

  7. Jaws pada 06 Aug 2010

    berita yang best utk dibaca di malam ni..

  8. Fazreen pada 06 Aug 2010

    patent tu lagi mahal kalau nak diikutkan dgn harga masa beli friendster..MOL memang bijak..otak bisnes harus tgk peluang di masa hadapan dan ambil risiko…untung rugi belakang cita

  9. syahirul pada 06 Aug 2010

    tak paham.. paten aje dia beli? detail takde?

  10. mohdisa pada 08 Aug 2010

    aku pun tak faham patent tu untuk apa sebenarnya. cuba terangkan skit amanz.

  11. tekong pada 11 Aug 2010

    patent tu adalah macam hakcipta. hakcipta tu boleh jadi rekaan, algorightm, teknik, framework, dan sebagainya. once kita dah patentkan, orang lain tak boleh tiru. macam bluetooth. bluetooh adalah patent company apa tah tak silap aku. tapi sampai sekarang, dia dah jadi standard issue. setiap orang yang beli bluetooth akan contribute sket price/ as in licensing untuk bluetooth company tu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader