Cari @ Amanz

Seperti yang telah dinantikan sejak awal minggu ini, akhirnya, kini Facebook telah pun memperkenalkan perkhidmatan berasaskan geo-lokasi mereka yang tersendiri yang dipanggil Facebook Places. Namun ianya hanya diperkenalkan di US sahaja buat masa ini.

Melalui Facebook Places, para pengguna boleh daftar-masuk (check-in) pada lokasi yang mereka berada, dan membolehkan rakan-rakan mereka pada Facebook melihat lokasi semasa anda dengan lebih mudah lagi.


Antaramuka Facebook Places Pada iPhone

Buat masa ini, fungsi Facebook Places telah pun diperkenalkan pada aplikasi iPhone yang terkini, dan para pengguna gajet mudah-alih boleh mengaksesnya melalui touch.facebook.com.

Fungsi yang ditawarkan oleh Facebook kelihatan sama seperti FourSquare yang telah sekian lama menawarkan servis geo-lokasi. Walaubagaimanapun, melalui Facebook Places, para pengguna boleh tag bersama rakan-rakan mereka yang berada bersama mereka, sebelum daftar masuk ke sesuatu lokasi.

Facebook Places dijangka akan diperkenalkan keseluruh dunia dalam masa terdekat ini. Pada masa yang sama, Facebook Places dikatakan bakal merevolusikan sepenuhnya penggunaan geo-lokasi di web memandangkan Facebook mempunyai lebih daripada 550 juta pengguna buat masa ini, dan ramai akan mendapat pendedahan mengenai fungsi ini melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd