24Aug

DiGi Mengumumkan Kerjasama Bersama GetJar

Telekomunikasi

Mungkin ramai yang mengenali laman GetJar, dimana ianya menyediakan pelbagai aplikasi mudah-alih popular untuk perantian mudah-alih, termasuk untuk telefon pintar, dan juga yang biasa. Menariknya, hari ini, GetJar mengumumkan kerjasama bersama dengan syarikat telekomunikasi tempatan kita, iaitu DiGi.

Melalui kerjasama antara dua syarikat ini, para pelanggan DiGi bakal mendapat akses kepada lebih daripada 70,000 aplikasi mudah alih percuma. Kini, para pelanggan DiGi boleh mengalami penggunaan pelbagai jenis aplikasi semasa melalui sebarang telefon bimbit yang digunakan mereka, termasuk akses kepada Facebook, Opera Mini, Nimbuzz dan banyak lagi.

Pada masa kini, kesemua pengguna berminat dengan fungsi aplikasi, yang memudahkan mereka menambah pelbagai jenis aplikasi yang menarik dan memudahkan hidup mereka, dan kini DiGi membawakan pengalaman ini kepada para pengguna tempatan dengan kerjasama bersama-sama dengan GetJar.

Untuk memuat-turun atau melihat senarai aplikasi yang ditawarkan, para pelanggan DiGi hanya perlu mengakses laman wap.digi.com.my dan boleh melihat katalog aplikasi GetJar dari sana.


DiGi : Tiada Facebook Percuma Ketika Raya Dan Merdeka
Kerosakkan Kabel AAG Akan Mula Dibaiki 2 Minggu Lagi - Pada 23 Oktober
Akamai : Purata Kelajuan Internet Malaysia Pada Suku Tahun Kedua Adalah 1.9Mbps
P1 Mensasarkan Lebih 500,000 Orang Pelanggan Menjelang Penghujung Tahun 2012
Berhati-hati Dengan Emel Phishing Scam Menggunakan Nama TM

2 Komen

  1. beliamuda pada 25 Aug 2010

    dulu selalu la duk lepas kat getjar. cari aplikasi menarik. sekarang dah jarang dah.

  2. Ali ridha pada 30 Aug 2010

    giliran Gigi pula tunjuk taring…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader