Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini, GMail hanya membolehkan para pengguna membuat panggilan video dan suara antara pengguna GMail sahaja, kini, Google membolehkan para pengguna membuat panggilan suara antara komputer terus ke talian telefon seluruh dunia.
Sebelum ini, para pengguna yang ingin membuat panggilan suara melalui GMail diperlukan untuk memastikan rakan mereka itu turut sama telah log masuk ke laman GMail sebelum boleh membuat panggilan. Ianya mungkin sedikit menyukarkan beberapa pengguna, dan kini dengan pengintegrasian Google Voice pada GMail, ianya memudahkan pengguna untuk membuat panggilan ke sebarang talian dengan amat mudah sekali.

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya diperkenalkan untuk para pengguna GMail di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Mungkin ianya akan mengambil sedikit masa lagi untuk Google memperkenalkannya kepada seluruh dunia, memandangkan Google Voice belum diperkenalkan secara menyeluruh lagi.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah..mcm skype
Ingatkan dah ada.
Ada caj ke kalau tel ke no hp @ no rumah?
Bagusnya kalau free je.
Skype boleh gulung tikar dek penangan Google Talk camni, Yahoo Messenger with Voice juga kini tercabar..
aku da try da bnda ni.. leh pakai tuk call no mobile kat malaysia ni..
kalo pc ke fon umah aku x try lg..
cume yg aku musykil ni..
ade caj x bile call no telefon.. harap ade yg menjawab
emm..mana-mana pun leh tercabar.