31Aug

Google Memperkenalkan GMail Priority Inbox

Google

Kusut dengan pelbagai emel yang menerjah inbox GMail anda, dan anda tidak ketahui yang mana anda perlu balas terlebih dahulu, dan yang mana bukan? Kini, anda tidak perlu risau lagi memandangkan Google telah pun memperkenalkan GMail Priority Inbox.

Seperti sedia maklum, ianya sudah terdapat satu folder khas yang dinamakan Spam pada GMail, dan emel-emel yang tidak diingini akan masuk ke sana secara automatik. Namun begitu, kadang-kala inbox anda akan dipenuhi dengan beberapa emel yang mana bukan begitu penting, dan bercampur dengan emel-emel anda yang penting.

Sebelum ini, para pengguna terpaksa menggunakan fungsi Filter dan Star untuk mengasingkannya, dan kini GMail sendiri bergerak setapak kehadapan dengan memperkenalkan GMail Priority Inbox. Melaluinya, GMail anda akan pelajari secara automatik yang mana penting dan tidak, malah anda sendiri boleh secara manual menandakan yang mana emel penting dan yang mana bukan.

Seperti biasa, fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada kesemua pengguna dalam masa terdekat ini. Selain daripada pengguna GMail, pengguna Google Apps juga akan dapat melihat fungsi ini tidak lama lagi.


MySpace Bakal Menjadi Penyedia Perkhidmatan Emel
GMail Kini Mencadangkan Penerima Emel
Adakah Google Ingin Membunuh Enjin IE?
UMobile Mula Menawarkan BlackBerry PlayBook Tanpa Kontrak
Google Melancarkan GMBO Khas Untuk Perniagaan Kecil Dan Sederhana Di Malaysia

5 Komen

  1. Afiey pada 31 Aug 2010

    memang lama tak guna gmail ni. kadang2 penuh dgn spam je gmail. tapi ok lah, kiranya email spam memang berada di ruangan spam. tak macam yahoo… hehehe. bagus gak dgn fungsi baru ni.

  2. wazy pada 01 Sep 2010

    Gmail memang terbaik,jarang masuk spam

  3. Piratz pada 02 Sep 2010

    apasal feed blog ko masuk spam?

  4. Scromix pada 03 Sep 2010

    gmail teruk x secure, teruk skrng.
    aku x tau ape pasal rmai pakai paypal gmail kna hacked

  5. mancai pada 07 Sep 2010

    suatu penambahan yang menarik…


Tinggalkan Komen Anda