22Aug

Google Menguji Kaedah Carian Yang Baru

Google

Setelah sekian lama menyepi, kini Google dikatakan sedang menguji salah satu fungsi baru dimana hasil carian diperlihatkan ketika anda sedang menaip kata kunci anda, sekaligus menjimatkan masa para pengguna untuk melakukan carian.

Walaupun perkara ini telah disahkan oleh Google sendiri, namun ianya masih lagi tidak diketahui samaada ianya akan diperkenalkan ataupun tidak memandangkan pada sesuatu masa, Google menjalankan antara 50 hingga 200 eksperimen di laman mereka.

Buat masa ini, fungsi baru ini mendapat reaksi yang pelbagai daripada para pengguna. Ada yang mengatakannya sebagai sebuah inovasi carian, dan menantikannya, dan ada yang mengatakannya bahawa fungsi ini kelak akan menganggu pengalaman penggunaan para pengguna.

Jadi, apakah pendapat anda berkaitan fungsi baru ini?


Perlihatkan Data Analytics Anda Kepada Umum
Google Profiles Kini Dengan Antaramuka Baru
Google Circles Akan Dilancarkan Pada Bulan Mei?
Pengguna Berdaftar Google+ Melangkaui Angka 60 Juta Pengguna
Infografik : Peningkatan Google Dari Segi Pendapatan Dan Kewangan

11 Komen

  1. beliamuda pada 23 Aug 2010

    pergh. main tukar2 hasil carian pada masa yang sama kita taip keyword tuh. macam menarik, tapi memang ia sedikit sebanyak menggangu…

  2. Luth textile pada 23 Aug 2010

    sempoi.. live update pulak

  3. Iwani Khalid pada 23 Aug 2010

    Kalau internet mcm siput ni, leh jadi gile if google wat camni hehehe

  4. Ali ridha pada 23 Aug 2010

    kdng2 terganggu gak carian.
    aku x kisah klu benda tu senang.

  5. mancai pada 23 Aug 2010

    harap tak hang masa buat carian…

  6. sazuwi pada 23 Aug 2010

    internet yg slow susah gak nie..

  7. mohdisa pada 23 Aug 2010

    bagi aku macam annoying la plak, kalau untuk pilih keyword tu ok lagi…tp smpi dah keluar result tu…macam serabut la plak….

  8. titan pada 25 Aug 2010

    hoho..bagus google. letak la apa pun. bukan aku kesah pun.

  9. lukpee pada 25 Aug 2010

    hoho..bende ni akan jadi menarik klo sume org ade internet laju.

  10. akil pada 25 Aug 2010

    bagi optinal la..nak pakai on, xnk guna off je..
    ttp tenet kt mesia ni tak yah pkai la..wt megong je pc/laptop

  11. sajasajaaku pada 25 Aug 2010

    rajin sungguh budak google ni..mcm2 la buat, buat simple dah ler, lgpun tenet aku bukannya laju sangat..cukup2 mkn jer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader