31Aug

Google Membeli Pembangun Permainan, SocialDeck

e-Permainan, Google

Dalam usaha membangunkan platform permainan sosial, Google meneruskan pembelian beberapa syarikat permainan, dan terkini mereka telah membeli pembangun pemainan mudah-alih, SocialDeck.

SocialDeck yang dimulakan pada tahun 2008 membolehkan para pengguna untuk bermain pada bila-bila masa, dimana sahaja dan dengan rakan-rakan dengan mudah. SocialDeck membangunkan permainan untuk pelbagai platform, termasuk iPhone, Facebook, dan BlackBerry, selain membolehkan para pengguna bermain melalui kesemua platform, dari perantian mudah alih ke laman sosial dengan mudah.

Sebelum ini, Google juga telah membeli beberapa teknologi lain, termasuk Slide dan Jambool, termasuk melabur pada Zynga. Kini, nampaknya, Google begitu serius dalam ingin memperkenalkan Google Games, dan mungkin ianya juga merupakan salah satu langkah pertama kepada Google Me.


Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok
Google Memperkenalkan Blogger Stats Pada Blogger
Aplikasi Perkongsian Imej Berkumpulan Dari Google - Pool Party
85% Pengguna Baru WP.com Berhenti Menulis Dalam Tempoh 30 Hari
Kotak Carian Google Kini Membolehkan Anda Memplotkan Graf

2 Komen

  1. ali mamak pada 01 Sep 2010

    google translate da brubah wajah ke

  2. mancai pada 07 Sep 2010

    game memang sentiasa jadi kegilaan… jarang syarikat game ni jatuh bankrup


Tinggalkan Komen Anda