19Aug

Intel Membeli McAfee Pada Harga $7.68 Billion

Lain-lain, Sekuriti

Mungkin ramai yang ketahui dimana Intel menawarkan sistem sekuriti hardware terbina pada cipset terbaru mereka, dan menariknya, kini mereka telah memiliki syarikat McAfee, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam industri sekuriti komputer.

Intel mengambil-alih syarikat sekuriti, Mc Afee pada harga $7.68 billion, iaitu pada kadar $49 sesaham. Pada masa yang sama juga, perkara ini membolehkan Intel mendapatkan teknologi McAfee, disamping dua anak syarikat dibawah McAfee, iaitu Trust Digital dan Ten Cube yang membangunkan perisian sekuriti untuk perantian mudah alih.

Selain mungkin menggunakan teknologi pada cipset mereka, mungkin juga perisian sekuriti tersebut akan diintegrasikan pada sistem operasi mudah-alih mereka, iaitu MeeGo. Namun begitu, tiada sebarang pengumuman berkaitan dengannya buat masa ini.

Walaupun telah membeli Mc Afee, syarikat tersebut masih akan beroperasi secara sendiri sebagai anak syarikat Intel. Melalui pembelian ini, Intel berharap agar dapat memberikan keselamatan yang lebih menyeluruh kepada para pengguna mereka.


Laman 1Malaysia.com Digodam
2 Pasang Tiket Transformers Untuk Dimenangi Tajaan MotorTakaful.com
AmanzRewards : Terima Kasih Terato Tech
#Tips : Kawal Aplikasi Yang Mengakses Akaun Facebook, Twitter, Google Dan Lain-Lain Hari Ini
Angka Jenayah Siber Sepanjang Tahun 2011 Meningkat Sebanyak 88%

9 Komen

  1. mohdisa pada 19 Aug 2010

    McAfee tak best la, beli la Avira ke…Kapersky ke…baru la best..hehe

  2. Scromix pada 20 Aug 2010

    kaspersky? opss

  3. wazy pada 20 Aug 2010

    McAffee ok gak kalau nak guna pada pc biasa =)

  4. mancai pada 20 Aug 2010

    huhuhu… sanggup beli tu…

  5. Pejuang Kesenian Extreme pada 20 Aug 2010

    Ini pun memberi faedah kepada pengguna..

  6. ST pada 20 Aug 2010

    erm.. Microsoft pun dah keluarkan antivirus sendirik – Microsoft Security Essentials – mungkin McAfee jadi free kot bila beli processor Intel

    • RIS-IT pada 20 Aug 2010

      Tul tu. aku pun dah guan Microsoft Security Essential tu. Tapi aku rasa MSE mcm belum mantap je. Tak berani ambil risiko, aku pasang AV yg lain gak.

  7. azam pada 20 Aug 2010

    mcafee x best ke?? nape x best bro?? leh cite cket

  8. beliamuda pada 20 Aug 2010

    wow. tak sangka intel sanggup ambil alih McAfee~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader