Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah lama menyepi, kini kedengaran kembali yang mana kerajaan mungkin akan menguat-kuasakan penapisan kandungan internet, sekaligus menghalang beberapa laman-laman yang tidak diingini dan bertentangan dengan undang-undang.
Ianya dikatakan yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menjalankan kajian mengenai penggunaan internet dengan positif dan selamat pada awal bulan ini, salah satu sebabnya adalah untuk menilai pelaksanaan penapisan internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna internet di Malaysia dan ekonomi tempatan.
Sebelum ini, perkara seumpama ini pernah diutarakan beberapa kali, dan ianya menerima kritikan meluas daripada pelbagai pihak. Namun begitu, kini, ianya lebih dispesifikasikan kepada kandungan yang bakal ditapis termasuklah pornografi, pengedaran dadah dan penyeludupan manusia.
Walaubagaimanapun, ianya hendaklah diketahui yang mana, melalui internet yang membawakan dunia tanpa sepadan melalui hanya beberapa klik sahaja, mengatasi sebarang jenis tapisan adalah suatu perkara yang amat mudah. Mungkin daripada memperkenalkan sesuatu tapisan, lebih menarik sekiranya kerajaan memperkenalkan perisian seperti Internet Thoyyibah secara lebih meluas kepada para pengguna.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Hmmm,apa kerajaan ni dah tkde idea ke nak laksana undang2 tanpa menyekat kebebasan menggunakan internet…hmmm.
Salam bro,
Bagus juga sebenarnya cadangan menguatkuasa tapisan kandungan tu.. tapi kena juga tengok daripada banyak sudut.. bagi yang tahu menggunakan teknik melepasi tapisan tu xda masalah.. tapi bagi yang tak tahu, kalau nak guna internet melalui tapisan kerajaan, tu boleh melambatkan akses internet..
sekat…mcm takut pada bayang-bayang sendiri jer…
Hmm.. ak masih x paham kenapa orang nk marah? bukan benda baik ke nih?
Kalo disekat.
Bayaran bulanan internet pun patut dikurangkan la~
laman web macam porno tu elok di block dari dulu lagi..kalau disekat dari skrg lebih elok..sbb benda tu x mendatagkan faedahnya pada negara..buang bayi ada la..
betul3
ada pro dan con
Aku amat menyokong tapisan internet 100% khususnya penapisan untuk unsur2 pornografi, pengedaran dadah dan penyeludupan manusia.
Pengkomen yg lain jangan salah tafsir plak, drpd artikel ini kebebasan bersuara di internet masih lagi bebas… yg ditapis hanyalah 3 perkara sahaja spt yg dinyatakan sblm ini.
banyak jugak laman web nak ditapis… setiap hari domain baru bertambah.. huhu
Perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir selalunya perlu diambil berat. Kerajaan perlu melaksanakan sesuatu secepat mungkin. Kalau tak, memang menjadi2 budak2 zaman sekarang…
Aku sokong.
Kalau *Australia yg halal pelacuran dan gaya hidup gay/lesbian pun tapis kandungan porno kat negara dia, takkan bila Malaysia nak buat, orang Islam nak melenting?
France, Kanada, dan Belanda yg gila2 liberal pun tapis internet.
Aku dah biasa fix komputer budak2 kolej. Selalunya bila nak bersihkan komputer ni, jumpa macam2 kat web history/cache diorang. Site2 yg diorang ppergi bukan soft-porn lagi, banyak pergi yg jenis seks luar tabii punya site.
Nama url2 pun nak muntah baca.
Yg aku paling risau ialah child-porn dan gay-lesbian punya website. Ni benda ni dah merebak kat Malaysia. Kalau tak mau tapis lagi aku tak tau la.
(* Di Sydney ada kawasan khas gay/lesbian dan ada satu kawasan bandar utk aktiviti pelacuran yg dilesenkan)
Kalau Putrajaya nak tapis internet jadi pembayaran bulanan harus dibayar oleh Kerajaan. Barulah adil.
YEAHHHHHHHHHHHHH!!!! DIORG TAK MENTION TORRENT!!! >:)
HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAAHAHAAHAHAAHAHAHAHAHAHAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nmpk nya stgh org akan jdi buta it kalau byk sgt kene tapis..huhuuhuhuh
saya menyokong tindakan kerajaan kerana ingin menyekat laman2 wed… terutama sekali laman wed lucah… kerana laman wed lucah ni… banyak menyumbang masalah masiat pada masa kini… MULA- MULA TENGOK SELEPAS TU NAK CUBA PALAK… inilah yang terjadi pada masa kini dalam masyarat kita kini … INSYAALLAH, tindakan kerajaan ini akan menggurangkan masalah keruntuhan aklak dalam masyarat kita pada masa kini….
laman wed yang selalu dikunjungi di negara ini adlah game dan prono… apasalahnya kerajaan tutup laman wed yang tidak sihat ini… bagi saya biarkan kerajaan rugi sedikit daripada keruntuhan aklak masyarat kita menjadi lebih parah……….