21Aug

MSE Mengejar Takhta Perisian Sekuriti Terbaik

Microsoft, Sekuriti

Melalui suatu ujian tahunan yang dijalankan oleh AV Test, ianya memperlihatkan yang mana Panda : Internet Security 2010 memegang takhta perisian sekuriti untuk tahun ini, meninggalkan Kaspersky dan Norton Internet Security 2010 dibelakangnya.


Keputusan Ujian Yang Dilakukan Oleh AV Test

Melalui ujian yang dilakukan mereka, sesuatu antivirus ataupun perisian sekuriti itu perlu melepasi markah 12 daripada 18 markah untuk disenaraikan, dan menariknya, selain daripada pelbagai perisian antivirus yang disenaraikan, salah satunya adalah Microsoft Security Essentials 1.0.

Microsoft Security Essentials mendapat markah sebanyak 14 daripada 18, berbanding dengan Kaspersky, Norton Internet Security dan Panda Internet Security yang masing-masing mendapat 16 markah.

MSE 2.0 Beta
Antaramuka MSE

Walaubagaimanapun, ianya memperlihatkan sesuatu yang positif untuk produk sekuriti daripada Microsoft yang diedarkan secara percuma itu. Selain menawarkan perlindungan kepada komputer Windows anda, MSE tidak memperlihatkan sebarang amaran palsu, selain tidak begitu banyak menggunakan sumber komputer seperti mana aplikasi sekuriti yang lain.

Pada masa yang sama, seperti sedia maklum, Microsoft kini dalam proses membangunkan MSE 2.0, dan para pengguna sudah boleh mencuba versi betanya yang terkini. Melalui MSE 2.0, Microsoft membawakan beberapa fungsi sekuriti yang baru, termasuk pengintegrasian yang lebih menyeluruh kepada Windows Firewall dan Internet Explorer, dan juga pengenalan enjin antimalware yang serba baru, serta sistem pemeriksaan dalam rangkaian yang serba baru.

Mungkin ini bakal membawakan persaingan sihat dalam industri perisian sekuriti untuk tahun hadapan, dan boleh dikatakan, mungkin MSE 2.0 kelak akan menduduki antara kedudukan tiga teratas kelak pada tahun hadapan. Siapa tahu.


MSN Video Di Jenamakan Semula Sebagai Bing Videos
Pembangunan Windows 8 Sudah Di Mulakan
IE9 Preview 2 Di Lepaskan Microsoft
Jumlah Bilangan Aplikasi Windows Phone Melangkaui Angka 30,000
Windows Phone Marketplace Versi Web Diperkenalkan Untuk Semua

32 Komen

  1. Scromix pada 21 Aug 2010

    kalo bab tester aku rasa Mc cafee ok lg. Haha xleh pakai la diorang nie

    gogo kaspersky :D

    • aMaNz pada 21 Aug 2010

      Tengok ar diorang nyer result bang ooi, McAfee memang dia bagi markah tinggi pun untuk protection. Tapi untuk yang lain? Nak info lagi, baca dia nyer full documentation. ;)

    • Taufik Dato Mansor pada 22 Aug 2010

      x habis2 ngan kaspersky ko tu faiz….gyahahahaha….. hidup deep freeze 7.0….. gyahahaha :D

  2. myFirdaus pada 21 Aug 2010

    huhuhu… microsoft… mcm diragui je laa keberkesanan dye…

    • aMaNz pada 21 Aug 2010

      Microsoft lebih mengenali Windows daripada yang lain. ;)

      • myFirdaus pada 21 Aug 2010

        urmmm…. btol jugak eyh…. ley cuba ni :)

      • Piratz pada 21 Aug 2010

        Feedback yang aku dapat pasal MSE nie memang positif.. Ramai pengguna Avira dah berpindah ke MSE…
        Nak tau ok ke tak kena la cuba…

        Betul kate ko aman.. Microsoft lagi mengenal Windows…

        • Taufik Dato Mansor pada 22 Aug 2010

          betul ke piratz?….. kalu pakai windows 7 pirate boleh install ke?

        • Nizam6281 pada 27 Aug 2010

          Piratz ada cara tak orang yang pakai windows tak original boleh pakai MSE hehehe
          Ajar!

  3. Anarm pada 21 Aug 2010

    pilihanku betul.. MSE memang light berbanding AV lain.. setakat ni sgt berpuas hati dgn potensinya di windows.. go MSE!

    *aku pkai MSE 2.0

  4. Nizam6281 pada 21 Aug 2010

    Kalau pakai yang tak ori boleh pakai MSE tak aman?

  5. lankapo pada 21 Aug 2010

    salam aman,

    aku pakai Panda Cloud Anti Virus..free punya so far ok

  6. Syuxx pada 22 Aug 2010

    Wah, Avira yang ketiga..

    • aman pada 22 Aug 2010

      Erm. Bukan. Keputusan disusun mengikut abjad, dan bukan ikut markah. ;)

  7. Iskandar pada 22 Aug 2010

    Aku pakai Avira dan MSE.

    So far, MSE jauh lebih baik bukan saja dari segi virus detection dan removal, tapi adware, spyware, trojan detection pun sgt bagus. Software SuperAntiSpyware yg boleh dikatakan bagus pun tak sebaik MSE.

    Ni sebab ada byk kali Avira dan AntiSpyware tak dapat detect malicious code/software tapi MSE dapat.

    Masalah cuma satu. Dia punya scan mak datok .. lama gila. Satu pc mau ambik 5 ke 7 jam.

  8. zool pada 22 Aug 2010

    Aku pun tak tau pasal ni.. Kena try ni

  9. SyahDila pada 22 Aug 2010

    linux rulezz!!

  10. azam pada 22 Aug 2010

    sape cakap pirates x leh pakai..
    aku leh je pakai..
    so far antivirus jnis ni ok gak la walaupn die pnye scan mmg amik mase yg lame..
    tbaik la kirenye..

  11. Ali ridha pada 23 Aug 2010

    boleh kasi diskaun le sang kaperski dan avira.
    aku pilih yg trbaik utk keselamatan.say goodbye……
    btol2 kata Amanz.

    Microsoft terlebih dahulu mengenali Windows.

  12. RIS-IT pada 23 Aug 2010

    Memang MSE memahami windows. Harap nanti MSE di upgrade supaya masa scan lebih cepat. Nak update pun amik masa gak.
    Laptop memang aku dah guna MSE, hanya Desktop je menati masa nak tukar ke MSE sbb AV sebelum ni dah nak habis tempoh lesen. Habis je lesen, terus pasang MSE.

  13. aizuddinmanap pada 23 Aug 2010

    Avira premium bes :)

  14. mancai pada 23 Aug 2010

    still linux yang tak penin… windows aku guna karpersky ok je setakat ni..

  15. mohdisa pada 23 Aug 2010

    macam mana nak pakai mse kalau windows pun piratz…hehe

  16. hanif pada 23 Aug 2010

    MSE ringan..smpai skang aku pkai lagi ditambah dengan treat fire

  17. fairuz pada 13 Oct 2010

    setakat ni aku dah test avast.. avira dan MSE 2.0 . Alhamdulillah thumbs up for MSE kerana lebih ringan. Tak banyk makan memori. Keberkesanan yang lebih baik dari mana2 AV yang lain.

  18. mes0ul pada 22 Jun 2011

    window pirate pon blh pkai MSE la weiii…asl kn korg gne removewat or 7loader dlu…hahahaha..ak gne pirate gne MSE ok je…


Trackbacks/Pingbacks

  1. INSTALL MICROSOFT SECURITY ESSENTIAL SEBAGAI ANTIVIRUS (WINDOWS) | Just Nizam.Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader