21Aug

Office 2014 Kini Dalam Pembangunan

Microsoft

Selain daripada Windows 8 yang kini dalam proses pembangunan, Microsoft juga pada masa yang sama sedang membangunkan aplikasi pejabat mereka yang akan datang, yang mana dikenali sebagai Office 15 ataupun Office 2014.


Versi Pembangunan Pra-Alpha Office 2014 [via]

Office 15 dijangka akan meneruskan kegemilangan aplikasi pejabat Microsoft Office dan dijangka akan dilepaskan pada tahun 2014 kelak. Menariknya, baru sahaja selepas 2 bulan Microsoft memperkenalkan Office 2010, dan kini ianya sudah kelihatan pembangunan versi baru untuk aplikasi pejabat mereka.


Microsoft Office 2014 [via]

Melalui beberapa paparan antaramuka yang tersebar di internet, ianya memperlihatkan versi pembangunan Office 15 yang digunakan secara dalaman, dan ianya dijangka merupakan hanyalah versi pembangunan pertama sahaja. Ianya diperkatakan yang mana secara dalaman, Microsoft sedang menguji dua versi pra-alpha untuk Office 15 ini.

Walaubagaimanapun, menariknya, salah satu fungsi baru pada Office 2014 sudah pun mula kelihatan, iaitu Microsoft Lime, yang mana turut dipanggil sebagai Microsoft Limestone Integration Application. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang maklumat berkaitan dengannya.


Microsoft Lime? [via]


Bing.com Di Integrasikan Ke Dalam Portal MSN
Microsoft Di Arah Berhenti Menjual MS Office Word
Nyah-Aktif Fungsi AutoRun Pada Windows XP dan Vista
Silverlight 5 Membawakan Lebih 40 Fungsi Baru
Windows 8 Bakal Didatangkan Bersama-Sama AppStore?

10 Komen

  1. hanif pada 21 Aug 2010

    wah cepat betul bikin baru,tapi lambat lagi nak keluar

  2. Pejuang Kesenian Extreme pada 21 Aug 2010

    Bagus2..Lagi cepat keluar lagi bagus..

  3. DiaD pada 21 Aug 2010

    wah,x sabar nak tunggu tahun 2014

  4. syahirul pada 21 Aug 2010

    office 2010 dah kua ke yg betul2 siap? mls tol la beta ke RC ke…

  5. atan ahmad pada 21 Aug 2010

    hmmmmm cepat sungguh nk upgrade…. bila software baru, pc pun kena baru utk support…. *^(*&*&*)*)_()_(()+)_+

  6. zik pada 22 Aug 2010

    fuh memang fikir jauh betul….. nice2…

  7. mancai pada 23 Aug 2010

    2010 punya pun tak merasa lagi aaa..

  8. Scromix pada 23 Aug 2010

    aku pelik, ape motif drng kuarkan 2010 tp da announce 2014? mcm ada x kena je 2010 tu hu3

  9. mohdisa pada 23 Aug 2010

    semakin pantas aku lihat microsoft ni…dah macam open source plak yg sentiasa diupdate…

    office aku pun still pakai 2007 punya…hehe, tak update lagi…

  10. Qistina pada 25 Aug 2010

    wow, Office 2007 punya promosi masih belum berapa hangat, sekarang dah start Office 2014. Mungkin Open Office juga akan membangunkan perisian baru untuk menandingi Office 2014, juga sebagai alternatif kepada pengguna komptuter yang kurang mampu membeli perisian Office 2014 nanti.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader