Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama menawarkan modem DV230 kepada para pengguna, kini P1 bakal memperkenalkan DX230 mulai esok, yang mana membawakan pelbagai ciri menarik terbina, sekaligus menguntungkan lagi pihak pengguna dalam menggunakan servis WiMAX mereka.

Sama seperti DV230, gelombang yang disokong oleh DX230 adalah serupa iaitu antara 2.3GHz sehingga 2.39 GHz. DX230 juga membawakan penerimaan gelombang yang lebih meluas dengan antena Omni 5dBi, yang membolehkan ia menerima gelombang WiMAX dari sebarang arah.
Sama seperti pada DV230, ianya juga didatangkan dengan sokongan WiFi terbina, membolehkan anda mengakses internet secara terus melalui WiFi. Pada masa yang sama, sokongan VoIP terbina padanya juga menyokong panggilan telefon dan penghantaran fax secara terus melalui rangkaian IP.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui samaada DV230 akan digantikan dengan DX230 ini ataupun samaada P1 akan muncul dengan pakej baru yang bakal menawarkan sebarang perkara dan servis tambahan melaluinya. Pengumuman rasmi daripada pihak P1 dijangka akan menyusul esok.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Lawa la design die.. Bekenan aku…
gyahahaha….. lawa design… tapi kat tempat aku x de line wimax
aku baru je terminat servis wimax aku…puas hati dgn servis dorang..
cantek punya design.mcm konsol game.
kena ada contract kalau nak dapat modem ni. hampeh
Baru jer tanya promoter wimax nak tukarkan DV230 kepada DX230. Tapi tak bole. Alasan promoter tuh no siri modem tak sama. Apa kejadah ntah yang tak bole. Tukarkan jer la. Pastu update jer no siri modem kat dalam akaun user tuh. Huh~
dia nak tarik pelanggan baru la tu.
boleh tukar, cuma promoter tu yang malas..
Tak boleh tukar.. pihak wimax dah call aku menjelaskannya…
ye ke? cuba baca FAQ, benda tu tak dipinda sejak dari pelancaran, mungkin staff P1 yg ko telefon tu tak tahu kot.. http://p1.com.my/wimax/packages_ref.aspx
mmg lawa modem baru DX230 ni.
aku lom lgi langgan P1 wimax.
sbb ade kontrak le.