30Aug

Pelbagai Fungsi Chrome OS Mula Kelihatan Pada Chrome

Google, Sumber Terbuka

Pembangunan Chrome 7.0 membawakan beberapa fungsi yang baru, selain beberapa fungsi yang bakal diintegrasikan sama pada Chrome OS. Terkini, melalui Google Chrome 7.0, fungsi orientasi perantian dan menyertakan input melalui suara diintegrasikan bersama.

Walaupun kedua-dua fungsi ini tidak begitu berguna untuk para pengguna desktop, mahupun sesetengah notebook, ianya bakal berguna sepenuhnya untuk tablet yang bakal mengguna-pakai Chrome OS, dan dijangka akan diperlihatkan hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan.

Chrome OS daripada Google dijangka akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, dan bakal bergantung kepada perkomputeran awan dan juga aplikasi berasaskan web sepenuhnya untuk beroperasi.

Via : DownloadSquad


Chrome Bakal Memperkenalkan Extension Sebelum 27 Mei
simpleLinux Melancarkan Kedai Dalam Talian
Versi Pembangunan Pertama Opera 11.10 Barracuda Sedia Diuji
Google Memperkenalkan Kemaskini Untuk Android Market
Aplikasi Photovine Mula Kelihatan Pada AppStore

4 Komen

  1. mancai pada 31 Aug 2010

    chrome semakin menarik nampak gayanya ni

  2. Admin InfoPerisian.Com pada 31 Aug 2010

    pertempuran kuasa besar….pasti ada yg jeles dgn Chrome aka Google…

  3. acul pada 31 Aug 2010

    bagus2.. semakin byk browser yang menarik untuk digunakan… walau ade persaingan ini yg menguntungkan pengguna :)

  4. wazy pada 01 Sep 2010

    semakin canggih chrome ni


Tinggalkan Komen Anda