31Aug

Syarikat Malaysia, StreetSpace Menyaman Apple

Apple, Web 2.0

Syarikat StreetSpace yang berpangkalan di Malaysia, kini menyaman Apple dan beberapa syarikat yang lain kerana melanggari hak cipta mereka yang berkait rapat dengan memperlihatkan iklan berasaskan lokasi, yang menjadi salah satu perkara utama untuk iAds milik Apple.

Antara syarikat lain yang turut terlibat dinamakan termasuk Google, AdMob, Nokia, Navteq, Millenial Media dan juga JumpTap. StreetSpace yang berpangkalan di Malaysia ini merupakan salah satu syarikat yang membangunkan terminal Internet yang dikenali sebagai WebStation. Melaluinya, para pengguna boleh melangkah masuk ke salah satu terminal ini untuk mengakses internet dan mereka akan diperlihatkan beberapa iklan dalam proses tersebut.

Teknologi WebStation ini merupakan antara produk terkemuka yang digunakan oleh kebanyakkan bank di Malaysia, termasuk Maybank, CIMB Bank dan juga AFFIN Bank. Selain daripada itu, ianya jupa pernah digunakan pada beberapa acara terkemuka, termasuk Olimpik 2002.

Saman ini telah difailkan di US District Court di California Selatan.


Ask.com Memeterai Perjanjian Dengan Photobucket
iLife '11 Di Beri Nafas Baru Oleh Apple
Intern.MY - Temui Tempat Latihan Industri Anda
Joomla 1.6.0 Dilancarkan
Twitter Mengintegrasikan Lebih Maklumat Pada Halaman Carian Mereka

15 Komen

  1. Nizam6281 pada 31 Aug 2010

    Hoi pehal saman apple? ;P

  2. Piratz pada 31 Aug 2010

    wow.. duit raya.. $$$

  3. Wan pada 31 Aug 2010

    nokia dengan google pun kena gak

  4. seadead pada 31 Aug 2010

    Tak reti la benda saman2 ni. Kalau aku tahu pasal saman menyaman ni nak je aku saman banyak2 biar kaya….hahahhahahaha

    • mosyar pada 01 Sep 2010

      tu la pasal…blh carik duit gak dgn saman menyaman ni. tapi bukan senang2 nak main saman je…satu lagi pampasan tu, bukan blh letak mudah2. hal kecil dan xpenting pun, tapi pampasan berjuta2.

      prosedur dan naik turun mahkamah la…

  5. Affan pada 01 Sep 2010

    erk, serius aku tak berapa faham.
    kalau ada admin blh terangkan lebih lanjut

  6. wazy pada 01 Sep 2010

    isk isk
    kena saman sudah

  7. aktechpage.com pada 01 Sep 2010

    Wow…saman syarikat gergasi ICT dunia tu…
    Bole menang ke??

  8. kaizer pada 01 Sep 2010

    nasib baik nama aku x de dlm senarai tu..hahahaha :)

    • RIS-FAMILI pada 03 Sep 2010

      Pehal nama ko nak masuk dlm list tul lak.
      Lainla kalo aku kenal nama ko, baru la boleh dikategorikan glamer.

  9. izzat aziz pada 01 Sep 2010

    nak saman gergasi walaupun reason valid agak susah nak menang.
    tengoklah oracle nak sama google, walaupun oracle tu syarikat setaraf google tu pun susah nak menang.

  10. Ali ridha pada 01 Sep 2010

    nasib le siapa suruh cari pasal.

  11. Sham Hardy pada 02 Sep 2010

    adehhh.. StreetSpace ni patent troll rupanya.

  12. Taufik Dato Mansor pada 04 Sep 2010

    saman jgn tak saman…. huhu :D

  13. mancai pada 07 Sep 2010

    apple memang selalu ambik langkah tragik ni macam google juga.. tapi derang dah kaya tak derk hal tu…


Tinggalkan Komen Anda