13Aug

Google Memperkenalkan Voice Actions Untuk Android

Google

Google hari ini telah pun mengumumkan aplikasi pengenalan suara, bersama-sama dengan suatu aplikasi khas yang membolehkan para pengguna menghantarkan kandungan web dengan hanya satu klik kepada telefon Android mereka.


Voice Actions Pada Android

Aplikasi pengenalan suara, yang dikenali sebagai Voice Actions itu membolehkan para pengguna Android untuk menggunakan suara untuk membuat beberapa perkara, termasuk untuk menghantar mesej, menelefon orang, menghantar emel, melihat peta dan sebagainya.

Menariknya, kesemua proses suara dilakukan di server Google dan bukannya di telefon pengguna. Untuk menggunakan Voice Actions ini, para pengguna memerlukan telefon Android yang terpasang dengan Android 2.2 Froyo.

Pada masa yang sama, Google juga turut memperkenalkan extension khas untuk Chrome yang membolehkan para pengguna pelayar Google Chrome untuk menghantar kandungan web seperti peta, video YouTube, teks dan sebagainya secara terus ke telefon Android mereka.


Carian Masa Nyata Twitter Melalui Google
Nyah-Langgan Pada GMail Dengan Mudah
Chrome 12 Beta Tidak Lagi Menyertakan Sokongan Google Gears
Aplikasi Molome beta Untuk Android Dilancarkan
Carian Google Malaysia Turut Memperlihatkan Data Panggung Dan Masa Tayangan

2 Komen

  1. Qistina pada 14 Aug 2010

    pencarian maklumat kini jadi lebih mudah, kandungan internet juga makin mudah di hantar ke mana-mana..mungkin pada satu hari, kita boleh print out teks terus dari telefon bimbit yang menggunakan Google Androis OS.

    Bilakah agaknya Google Chrome OS akan dikeluarkan?

  2. Iskandar pada 15 Aug 2010

    Cayalah!

    Tak sabar nak tunggu official update nih


Tinggalkan Komen Anda