29Aug

WordPress 3.2 Tidak Akan Menyokong PHP4 dan MySQL 4

Web 2.0

Seperti sedia maklum, WordPress perlu dipasang sendiri pada server sendiri, ataupun menggunakannya melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Automattic melalui WordPress.com. Menariknya, dalam era teknologi yang maju dengan pesat kini, pihak pembangun WordPress telah pun mengumumkan yang mana WordPress 3.2 tidak lagi akan menyokong PHP 4 dan MySQL 4.

WordPress sehingga kini memberikan pelbagai fleksibiliti kepada para pengguna untuk memilih hosting kepada blog dan lama mereka. Namun begitu, dengan perubahan masa dan sebagainya, kini mereka mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong PHP 4 dan MySQL 4 mulai daripada versi WordPress 3.2

WordPress 3.2 dijangka akan dilepaskan kepada umum pada tahun hadapan, dan diperkatakan akan menyokong sekurang-kuranya PHP 5.2, dan MyQL 5.0.15. Buat masa ini, masih kurang hos yang menyokong perkara ini, namun ianya dijangka akan berubah menjelang tahun hadapan.

Versi terakhir WordPress yang dilepaskan oleh pihak Automattic adalah WordPress 3.0 Thelonis pada bulan Jun yang lalu, dengan kemaskini kepadanya, WordPress 3.0.1. WordPress 3.1 dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, ataupun awal tahun hadapan.


Log Masuk Facebook Menggunakan Nama Pengguna
Mozilla Menguji Cara Log Masuk Baru Menggunakan BrowserID
#Tips : Ketahui Kepantasan Dan Ketepatan Anda Menaip Dengan Type-Fu
WordPress 3.3 Membawakan Pelbagai Perubahan Dan Sokongan Baru
Aplikasi Facebook Untuk Android Membawakan Sokongan Timeline Dan Facebook Apps

9 Komen

  1. Kreuger pada 29 Aug 2010

    erk.. agak blur di situ.. jadi maknanya? kalau dah ade wp3.2 nanti nak kene semak dengan pihak hosting la sama ada depa dah support ke blom eh? kalau tak terkubur la jawabnye. macam tu ke?

    • Anarm pada 30 Aug 2010

      kalau tak support, xleh pakai la.. gitu?

      • aman pada 30 Aug 2010

        kalau tak support, setakat WordPress 3.1 jer ar. Tapi rasanya, sekarang pun, dah banyak webhost yang support PHP ngan MySQL terkini. Hoho~

  2. ishak pada 30 Aug 2010

    ini yang tak best ni..aduhai..terpaksa gak jadi harimau dibawah tempurung pilak nanti kesian blogger melayu…eh aku rasa serverpeak dan datakl supportlah

  3. Kasyidi pada 30 Aug 2010

    maybe webhost pon akan mengupgradekan dirinya jugak kot…

  4. Zairul pada 30 Aug 2010

    Rasanya webhost dah byk yg support php5. Kalau degil jugak nak melingkup la jawabnye user lari :p

  5. ejam pada 30 Aug 2010

    kalau ada hosting yg tak reti2 nk upgrade utk support keperluan baru tu maka eloklah kita berhijrah beramai-ramai meninggalkan saja hosting tu berkubur…
    tanpa kita siapalah mereka…hehe

  6. mancai pada 31 Aug 2010

    ni hosting punya kerja… mana yang tak support cari je hosting lain…

  7. Ali ridha pada 31 Aug 2010

    bab ni le.buat aku naik pengsan.nasib
    baik hosting aku adalah yg paling comel…..


Tinggalkan Komen Anda