05Aug

Plugin Menarik Untuk WordPress Bersempena Ramadhan

Web 2.0

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, semestinya ramai yang telah sedia membuat persiapan untuk menghadapinya. Menariknya, untuk menyambut kedatangannya, kini, para pengguna WordPress turut sama boleh mempersiapkan diri dengan menambah widget menarik pada blog mereka.

Waktu Imsak dan Berbuka

Bersempena dengan Ramadhan kali ini, Mr. Kay dan juga isteri beliau menyediakan plugin khas yang mana memperlihatkan masa untuk berbuka puasa dan bersahur mengikut hari sepanjang bulan Ramadhan. Ianya mempergunakan data daripada web e-Solat milik Jakim, dan para pengguna boleh memilih untuk memaparkan data mengikut kawasan milik mereka.

Ayat al-Quran Harian

Sebuah widget khas untuk para pengguna WordPress yang mana memperlihatkan ayat al-Quran yang berlainan setiap hari. Menariknya, anda boleh memilih untuk memaparkannya dalam 72 bahasa yang berlainan, selain memperlihatkan pautan khas pada penghujung ayat, yang membolehkan para pengguna membaca keseluruhan Surah, tafsir, dan memuat-turun MP3 bacaannya.

Hadis Harian

Sama seperti plugin sebelumnya, melalui plugin ini, ianya memaparkan hadis-hadis yang berbeza setiap hari, daripada pelbagai sumber, termasuk Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.

Kesemua plugin ini menyokong WordPress versi terkini, iaitu WordPress 3.0.1, selain turut sama boleh digunakan pada bukan sahaja bulan Ramadhan, tetapi sepanjang waktu pada blog WordPress anda.


Lelong.my Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
iWill.com.my - Laman Berkonsepkan Jual-Beli Perkhidmatan
Antaramuka Aplikasi Undies.my Pada iOS Diperlihatkan
Groupon Bakal Dilancarkan Di Pulau Pinang
Cadangan Fungsi Baru Untuk WordPress 3.3 Diperlihatkan

10 Komen

  1. zaryl pada 05 Aug 2010

    wuuu… terasa dekat sgt dh nk posa nih…

  2. Kreuger pada 05 Aug 2010

    aku bangga Kay mencatatkan nama dia kat WP.org/plugin.
    series aku tabek beb…

  3. encikbeliau pada 06 Aug 2010

    mmg terbaik….support 100%

  4. hafidz pada 06 Aug 2010

    Plugin yang amat berguna di Bulan Puasa =)

  5. Taufik Dato Mansor pada 07 Aug 2010

    wow…. menarik… :D

  6. mohdisa pada 08 Aug 2010

    wah, menarik ni. tahniah kepada mr. kay dengan plugin yg dihasilkan. :)

  7. hanif pada 08 Aug 2010

    nak try pasang la waktu imsak dan berbuka,macam menarik

  8. aktechpage.com pada 08 Aug 2010

    Jom ramai2 pakat menngunakan 3 plugin ini sempena kedatangan Ramdahan yg mulia…
    Kalau boleh, teruskan juga selepas ramadhan …

  9. Wan pada 09 Aug 2010

    terbaik ada org kita buat plugin


Trackbacks/Pingbacks

  1. Plugin untuk Wordpress sempena Ramadhan | Hanz's Blog

Tinggalkan Komen Anda