02Sep

Apple TV Yang Baru Lebih Kecil

Apple

Akhirnya, Apple telah pun memperkenalkan versi terkini Apple TV mereka, yang mana ianya bersaiz lebih kurang 1/4 daripada yang asal, selain membawa pelbagai fungsi terbina, termasuk HDMI, ethernet, WiFi pada harga hanya RM549.


AppleTV

Berbeza dengan GoogleTV yang lebih kepada menukarkan TV diruang tamu anda menjadi komputer, Apple TV membolehkan para pengguna dengan mudah menyewa filem secara terus daripada iTunes dan menontonnya di TV anda. Buat masa ini, Apple menawarkan khidmat sewa filem dari saluran ABC dan Fox pada serendah $0.99, serta membawakan sokongan Netflix.

Dari segi teknikalnya pula, sama seperti produk-produk Apple yang terkini, AppleTV menggunakan cip processor A4 yang terkini. Pada masa yang sama, ianya membawakan sokongan kualiti video sehingga 720p pada ruang tamu anda, selain saiznya yang kecil.


Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?
Perkhidmatan Muzik-Awan Dari Apple Tidak Lama Lagi?
iPhone Dengan Cip A5 Dan Kamera 8-MegaPixel Pada September?
Apple Bakal Memperkenalkan MacBook Air Dan OS X Lion Pada Pertengahan Julai?
Lagi Info Berkaitan Dengan Projek Televisyen Daripada Apple Kedengaran

5 Komen

  1. mosyar pada 02 Sep 2010

    kadang2 aku tak berapa faham gak skang ni, blh dikatakan bnyk gila gadjet2 yg dipasarkan, tapi iannya mempunyai persamaan antara satu sama lain, chtnya, notebook dgn netbook, keduanya hampir serupa, cuma beberapa fungsi ada apa netbook tapi tidak ada pada notebook, tapi yg pasti ianya lebih kecil dari notebook…hahaha.

  2. Affan pada 02 Sep 2010

    mantap gak ni.
    ble agaknya blog ni nk buat contest, asyik review je. hehe

    kalau hadiah bg benda ni pun macam best gak.
    hoho

    • syahrilhafiz pada 02 Sep 2010

      ni blog sumber informasi la..
      bukan macam kita…hehe

  3. kyo_9 pada 02 Sep 2010

    dah makin besar bisnes Apple nih..
    lepas nih ntah gadget ape lak diorang bakal keluarkan ek..
    makanan kot?? kui3

  4. mancai pada 07 Sep 2010

    kemudahan yang menggila


Tinggalkan Komen Anda