16Sep

Kod Sumber Diaspora Di Lepaskan

Web 2.0

Akhirnya, hari ini, pihak pembangun Diaspora telah pun melepaskan kod sumber mereka yang pertama yang mana masih lagi dalam pembangunan, sekaligus membolehkan Diaspora seterusnya dibangunkan bersama-sama dengan komuniti dalam mempertingkatkan dan menambah-baik segala fungsinya.


Halaman Utama Pada Diaspora

Projek yang dimulakan dengan tujuan untuk menyediakan rangkaian sosial yang lebih peribadi dan selamat itu kini membawakan beberapa fungsi asas sebuah laman sosial, termasuk kebolehan untuk berkongsi mesej status dan gambar secara masa-nyata dengan rakan-rakan yang lain, dan mencari rakan-rakan diseluruh internet tidak kira dimana sahaja Diaspora di-seed-kan.

Dalam versi Alpha akan datang, pihak Diaspora akan mengutamakan pada pengintegrasian bersama-sama dengan Facebook, selain mempelbagaikan lagi bahasa yang disokong oleh Diaspora.

Bagi para pembangun yang berminat, anda boleh memuat-turun kod sumbernya daripada GitHub, selain menyumbangkan kepakaran anda dalam membangunkan laman sosial yang memberikan kita lebih kuasa dan kawalan ke atas data yang dikongsikan.


Paparan Gambar Pada Diaspora


Paparan Koleksi Gambar Dalam Album


Paparan Folder Untuk Album


Negaraku! - Selepas 100 Hari
Lebih 6 Juta Pengguna Berdaftar Di FourSquare
Facebook Chat Menguji Fungsi Sembang Secara Selari
Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 60,000 Aksara
Halaman Twitter Mobile Diberikan Nafas Baru - Kini Lebih Pantas

6 Komen

  1. Fareast pada 16 Sep 2010

    nampak kemas..

  2. Taufik Mansor pada 16 Sep 2010

    huhu….. memang nampak kemas….

  3. zik pada 16 Sep 2010

    perghh.. memang smart nie bro…. teratur..

  4. ST pada 17 Sep 2010

    Sya mesti pileh… hehe

  5. Ali ridha pada 17 Sep 2010

    ye…ye..what now.
    why you look like me.
    cam seronok je.dpt kawal
    data privasi……..

  6. Jaws pada 19 Sep 2010

    dah dilepaskan erk?
    aku igt oktober kang..
    dok tunggu gak ni..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader