Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah dinantikan, kini DiGi mengambil langkah awal dengan melancarkan telefon pintar terkini daripada Apple, iaitu iPhone 4, sekaligus memperlihatkan pakej mereka pada harga serendah RM58 selepas rebat sebanyak RM5 untuk auto-billing.

DiGi Melancarkan iPhone 4 [via]
Selain daripada itu, DiGi turut menawarkan rebat sebanyak RM100 untuk sebarang telefon bimbit yang dibawa oleh anda kepada lokasi karnival mereka pada penghujung minggu ini. Selain daripada itu, sekiranya anda pengguna talian selain DiGi, dan ingin mengguna-pakai DiGi bersama iPhone 4, anda akan menerima keistimewaan dengan menerima telefon pintar anda pada ketika anda mendaftarkan diri untuk pakej tersebut, tanpa perlu tunggu lagi.

Pelan DiGi Untuk iPhone 4
Walaupun telah dilancarkan hari ini, iPhone 4 akan hanya dijual oleh DiGi mulai esok, 24 September 2010 di lebih 45 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, DiGi turut mengumumkan yang mana kini DiGi Turbo 3G turut meliputi beberapa kawasan baru, termasuk Johor Baharu, Miri, Alor Setar, Taiping, Kampar dan juga Kuantan.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Macam menarik jer pakej DiGi ni… siap ada Easy Payment Plan
Malangnya, Maxis jauh lebih murah..
Digi liputan die meluas ke?
arap2 lepas ni harga iphone 3g dgn 3gs turun -_-
ape la yg best sangat iPhone…
dah la mahal, ntah pape jer.
aku dari dulu xminat dgn iProducts nih…
kita ni ikut sgt org..
apa yg org barat pakai, kita nak pakai.
org barat kata best, kita kata best jugak.
bila tanya apa yg best, tak tau nak jawab.
podah.
ak pakai iPhone 4 dah nk sebulan..
memang makan duit gak aa..
tp puas hati sebab lain daripada yang lain..
lebih2 lagi pada apps dia.. memang banyak giler compared to Nokia!
Haha…digi tak detailkan pakej dorang macam maxis…maxis nampak murah sebab bulan-bulan kena bayar pakej tu…tu yang sampai dapat free pun ada..pandai maxis..
menarik ni.kawasan kat bandar
tersenarai…….
sy memang kurang berminat benda2 kecik gini..lagipun rasa better guna nfon biasa kalau nak calling2:)
“apa yg org barat pakai, kita nak pakai…”
Lepas ni aku tak nak pakai komputer dah lah. Barat.
haha….btul tu….” lepas nie kita xyah pakai npon ngan kompter tu.. kita blik cara lama jel ha tulis surat…huhuhuh….