11Sep

FaceTime Akan Datang Ke iChat dan Windows?

Apple

Ingatkah lagi dengan FaceTime yang diperkenalkan oleh Apple bersama-sama dengan iPhone 4.0 mereka, yang membolehkan para pengguna membuat panggilan video dengan mudah. Kini, ianya diura-urakan fungsi FaceTime bakal diintegrasikan pada iChat tidak lama lagi.

FaceTime

Dengan pengenalannya pada iChat kelak, ianya bakal membolehkan para pengguna iPhone 4.0 secara terus membuat panggilan video kepada para pengguna desktop Mac dengan mudah. Selain daripada iChat yang dikhaskan untuk Mac, Apple juga dikatakan sedang dalam proses membangunkan aplikasi khas FaceTime untuk platform Windows.

Perkara ini masih lagi tidak mendapat sebarang komen rasmi daripada pihak Apple, namun begitu, ianya mungkin merupakan salah satu langkah dalam meramaikan para pengguna FaceTime, sekaligus bersaing secara sihat bersama-sama Google yang menyediakan fungsi panggilan video dan suara melalui GMail.


iPad 2 Akan Di Lancarkan Pada 1 Februari?
Apple Store Malaysia Kini Menawarkan OS X Lion Dalam Bentuk USB Thumbdrive
(Ura-Ura) Windows 8 Pada Ogos 2012, Windows 9 Pada 2014
Apple Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Industri IT
Angka Muat-Turun Aplikasi Daripada AppStore Menghampiri 25 Billion

2 Komen

  1. kyo_9 pada 11 Sep 2010

    memang terbaek kalo benda nih btol..
    sebab wat masa nih skype masih xleh video call guna iPhone 4..
    nak main face time pon x selalu sangat sebab kt Malaysia pon xde orang guna lagi..
    agak bosan lagi la..

  2. aktechpage.com pada 13 Sep 2010

    FaceTime vs FaceBook???
    Nama seakan2 sama.. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader