23Sep

Friendster Melancarkan Friendster Music

Web 2.0

Friendster hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran portal sosial untuk muzik dan juga permainan sosial, sekaligus menumpukan pasarannya di Asia. Sebelum ini, Friendster telah dibeli oleh MOL Global pada bulan Disember yang lepas, selain melalui beberapa perubahan, dari segi antaramuka sehingga ke konsep laman sosial tersebut.


Antaramuka Friendster Music

Melalui Friendster Music, Friendster ingin menumpukan perhatian kepada muzik indie yang kian meningkat di rantau Asia, sekaligus memudahkan penemuan lagu dan muzik oleh para penggunanya. Melalui portal sosial muzik itu, Friendster bakal menyediakan pelbagai informasi termasuk berita berkaitan dengan industri, kemaskini berkaitan dengan konsert serta memaparkan muzik-muzik bebas di rantau Asia.

Buat masa ini, Friendster Music adalah dalam peringkat beta dan hanya boleh diakses oleh para pengguna Malaysia. Pelancaran di Filipina dan juga Singapura akan dilakukan dalam beberapa bulan lagi.

Selain daripada itu, sebelum ini, Friendster telah pun memperkenalkan Friendster Games yang mana menumpukan perhatian kepada permainan sosial. Friendster juga kini menumpukan kepada visi dan misi yang baru setelah menjual hakcipta dan paten rangkaian sosial milik mereka kepada Facebook sebelum ini.


TweetNews : Enjin Carian Berita Dari Pembangun Yahoo!
Nuffnang Memperlihatkan Banner Iklan Lebih 2 Billion Kali Sepanjang 2010
iLuvIslam Menceburi Industri Web Hosting
Facebook Bakal Menawarkan Perkhidmatan Seumpama Groupon?
Mengapa Facebook Membeli Instagram? Kelebihan Sokongan Mudah-Alih Dan Komuniti Aktif?

3 Komen

  1. Wan pada 23 Sep 2010

    dah berapa lama x buka friendster

  2. DiaD pada 23 Sep 2010

    friendster ni berpangkalan di Malaysia ke? sebab Friendster Music ada kat Malaysia jer..

  3. aktechpage.com pada 27 Sep 2010

    Lama betul x buka akaun Friendster ni, skrg ni open FB je sokmo


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader