Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah diperkenalkan pada dua tahun yang lalu, Google Chrome terus mengalami pelbagai pembangunan dan kemaskini, sehingga hari ini dimana secara rasminya, ianya telah mencapai versi stabil Google Chrome 6.0.

Google Chrome 1.0 [via]
Ianya hanya dua tahun yang lalu dimana Google memperkenalkan pelayar web mereka, dan kini selepas dua tahun, versinya dengan pantas telah mencapai versi 6.0, dan versi pembangunan Chrome 7.0 sudah boleh dimuat-turun. Malah pada masa yang sama, angka penggunanya juga meningkat dari hari ke hari, sekaligus menjadikan peratus penguasaanya di industri pelayar web terus meningkat dari bulan ke bulan.
Kini, Google mengatakan yang mana Chrome 6.0 yang boleh dimuat-turun oleh semua itu lebih tiga kali ganda lebih pantas berbanding versi pertama pelayar web tersebut pada tahun 2008.
Pada masa yang sama, pihak pembangun disebalik Chrome juga sedang dalam proses pembangunan terakhir sistem operasi yang berasaskan Chrome, iaitu Chrome OS, dan dijangka tablet dengan sistem operasi tersebut bakal berada di pasaran seawal hujung tahun ini.

8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Kepantasan sememang keutamaan pelanggan..Google memang peka dengan benda2 macam ni..
Chrome dia update senyap senyap je..
Tak macam Mozilla Firefox. Bila ada versi baru, siap buat promosi dengan countdown lagi.
hohohoho…chrome aku baru v5.0+++, memang mantap la google ni.
tapi aku jarang guna chrome ni. hehehe…Mozilla best !
xsabar nk dgr cerita pasal chrome os.
theme amanz.my yg baru ke tu? ke yg lama punya? smart gak tu.
chrome ni tak auto update ke? aku rasa aku tak pernah update chrome ni, cam mana nak update?
Chrome memang makin stabil skg ni…. Cayalah
Aku pengguna tegar chrome dan mozilla.
tapi tau guna je, lain2 perkara teknikal tak tau le.
dah biasa guna mozilla…