Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perisian percuma yang popular daripada Google, selain Google Chrome dan Picasa adalah aplikasi pembina model 3D, iaitu SketchUp. Menariknya, hari ini, pihak Google telah pun melepaskan versi terkini aplikasi tersebut, iaitu Google SketchUp 8.0.
Melalui versi terkini SketchUp, Google menambahnya dengan pelbagai data berkaitan geografi, sekaligus membolehkan para pengguna membangunkan bangunan 3D berdasarkan geografi. Pada masa yang sama, ianya juga diintegrasikan bersama-sama dengan Google Maps, membolehkan anda membangunkan sesuatu banggunan mengikut lokasi pilihan anda.
Seperti versi-versi sebelumnya, Google SketchUp 8.0 Pro juga turut disediakan oleh pihak Google bagi sesiapa yang ingin menggunakan aplikasi tersebut secara serius. Namun begitu, buat permulaan ini, para pengguna boleh menggunakan Google SketchUp 8.0 versi percuma untuk mempelajari segala perkara asas dalam pembangunan model 3D anda.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
masa tngh nk download googlearth sebulan yg lepas, terjumpa pasal google sketchup ni. tapi malas nk layan + x berapa pandai.
soalan saya : mcm mana nk guna google earth pro eh? yg lanun punya. kosong je, lakaran peta tu ada la, tapi xde nmpk rumah pun. hahaha. kalu ikutkan, google earth pro ni memang superb la..satu2 jelas.
wah nk update Google skecth up ni..ai pakai yg version lama
best2! nak try r…
ringkas dan mudah guna sketchup ni…