22Sep

IE 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 2 Juta Kali

Microsoft, Perisian

Minggu lepas merupakan antara minggu yang terpenting untuk Microsoft, dimana mereka memperkenalkan dan melancarkan versi pembangunan pelayar web generasi baru mereka, Internet Explorer 9 Beta. Menariknya, kini Microsoft mengumumkan yang mana Internet Explorer 9 Beta telah dimuat-turun lebih 2 juta kali pada dua hari pertama pelancarannya.

Internet Explorer 9 Beta
Antaramuka Muka Baru Internet Explorer

Walaupun angka tersebut tidak begitu tinggi, namun begitu, untuk pelayar web yang masih dalam versi pembangunan, ianya merupakan angka yang besar. Apatah lagi, Internet Explorer 9 tidak menyokong Windows XP, dan hanya menyokong Vista dan Windows 7 sahaja.

Melalui Internet Explorer 9 Beta, Microsoft membawakan enjin JavaScript baru yang dipanggil Chakra, selain mengguna-pakai kuasa GPU dalam memperlihatkan sesebuah web. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan beberapa fungsi baru, termasuk pengintegrasian penuh bersama Windows 7 dan juga kebolehan untuk pin-akan sesuatu halaman web pada taskbar Windows 7 dengan mudah.

Bagi para pengguna yang masih belum mencubanya, anda boleh memuat-turun Internet Explorer 9 Beta pada Windows Vista dan Windows 7, sekaligus menguji pelbagai perkara baru yang dibawa olehnya.


Draft Awal Firefox Untuk Tablet Diperlihatkan
Pembangunan Opera 12 Wahoo Dimulakan
gridOS Membawakan Perubahan Menarik Pada Android
Firefox 10 Sedia Untuk Dimuat-Turun Daripada Pelayan Mozilla
Aplikasi uTorrent Penuh Untuk Platform Android Bakal Dilancarkan

2 Komen

  1. Wan pada 22 Sep 2010

    firefox tetap dihati

  2. gilagajet pada 22 Sep 2010

    ada x org gne flock.ak gne flock


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader