Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Secara rasminya, hari ini Microsoft akan memperkenalkan Internet Explorer 9 Beta, iaitu versi pembangunan untuk pelayar web popular daripada Microsoft. Internet Explorer 9 direkabentuk dengan fokus utama pada standard web dan juga HTML5, selain integrasi penuh bersama Windows 7.

Antaramuka Internet Explorer 9 [via]
Perkara paling utama pada Internet Explorer 9 adalah dimana ianya akan mengguna-pakai sepenuhnya kuasa GPU dalam membuka dan memperlihatkan sesebuah web. Selain daripada itu, sama seperti pelayar web Firefox yang bakal memperkenalkan enjin JavaScript baru melalui Firefox 4.0, Internet Explorer 9 juga memperkenalkan enjin JavaScript baru dengan nama Chakra, yang membawakan pelbagai peningkatan dan kestabilan pada pelayar web dari Microsoft itu.
Menariknya pada Internet Explorer 9 adalah pengintegrasian penuhnya dengan Windows 7. Kini, dengan mudah para pengguna dapat pin-akan sesuatu halaman web itu terus pada taskbar Windows 7 dengan mudah.

Fungsi Pin Laman Web Pada Taskbar Windows 7 [via]
Pada masa yang sama, antaramuka Internet Explorer 9 juga kini serba sebanyak menyerupai Google Chrome, dimana hanya terdapat satu sahaja menu untuk tetapan, selain ruangan alamat yang diintegrasikan dengan fungsi carian, sekaligus membolehkan para pengguna melayari laman web dengan lebih luas lagi.
Microsoft akan melepaskan Internet Explorer 9 pagi esok secara rasminya, sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk memuat-turun dan mencubanya sendiri.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Alhamdulillah , pagi tadi baru dapat cuba dan konklusinya :
Pro
1. UI lawa dan simple , yayy !
2. HTML 5
3. Ada download manager
4. Icon baru (prefer icon lama -,-)
5. URL bar dah sama seperti chrome , boleh search .
Kontra
1. Lagi slow daripada IE8 , nak scroll page ke atas dan ke bawah lembab -,-
2. Nak taip status kat twitter pun sama , lembab juga -_____-
3. Ehh , mana status bar ? (Hidden by default -,-)
4. Mozilla firefox still jadi pilihan sebab Mozilla Firefox lebih laju dan satu-satunya browser yang mempunyai fungsi ‘view background images’ & ‘copy link location’ . Harap-harap versi akhir nanti , IE9 ada fungsi ini , baru saya kembali menggunakan IE . -,-
Untuk konfigurasi sistem , saya menggunakan netbook yang menggunakan Intel Atom dengan RAM sebanyak 2GB . Sebelum ini , IE8 tidak menunjukkan sebarang masalah ‘slow’ pada netbook ini , laju dan lancar . Mungkin IE9 masih lagi dalam pembangunan dan mungkin juga IE9 dioptimakan hanya untuk komputer yang berkuasa tinggi . Harapan saya agar Microsoft cuba memperbaiki kelemahan yang ada pada IE9 Beta ini untuk menarik kembali peminat-peminat tegar IE yang pernah anda ada pada satu masa dahulu .
Arib’s Blog: http://arib2020.blogspot.com
dah install tapi masih tidak berpuas hati dengan performance IE9 Beta ni. Masih slow berbanding chrome. lg satu, startup die agak lambat. mcm mozilla firefox.