21Sep

iPhone 4 Daripada DiGi Pada 24 September?

Apple, Telekomunikasi

Setelah Maxis mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan iPhone 4 pada 24 September, kini DiGi juga dijangka akan melancarkan iPhone 4 pada hari sama, dan telah pun mula memberikan beberapa klue pada profail Facebook mereka. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan pakej mereka sehingga kini.

Melalui profail Facebook DiGi, mereka memperlihatkan satu gambar yang mana mengandungi empat buah epal (Apple iPhone 4), seekor kambing (coming), dan tarikh 24/09/10. DiGi dijangka akan melancarkan iPhone 4 mereka di 1Utama, dan telah pun tempah lokasi di 1Utama untuk 22 September hingga 26 September ini.

Sama seperti iklan mereka sebelum-sebelum ini, DiGi teruskan tradisi memperlihatkan iklan-iklan kreatif mereka, dan ramai yang menantikan tawaran daripada DiGi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli iPhone 4 di Malaysia.

Kredit : SoyaCincau


P1 Bakal Memperkenalkan DX230 Esok
Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?
iPhone Generasi Baru Seawal 16 Ogos?
DiGi Bakal Menawarkan Peranti Windows Phone Daripada Nokia
Apple Diperkatakan Akan Melancarkan iPad Pada 8 Mac?

5 Komen

  1. gilagajet pada 21 Sep 2010

    apa kaitan coming dengan kambing ye hmm

  2. mrnamie pada 21 Sep 2010

    kambing sebut laju2 macma coming kot…

  3. cyberfly pada 21 Sep 2010

    ayamkambing!

  4. hunkie pada 22 Sep 2010

    tak….apple kambing 24.09.10 maksud adalah iphone apple coming 24.09.10….senang kan?

  5. Ali ridha pada 22 Sep 2010

    sembelih kambing buat korban iphone 4.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader