Carian
iPhone 4 Di Malaysia Jumaat Hadapan
September 18, 2010 Aman

Maxis dan DiGi masing-masing kini bersaing antara satu sama lain dalam memenangi hati para pengguna untuk membeli iPhone 4 melalui mereka. Kedua-duanya dijangkakan akan memperkenalkan iPhone 4 kepada para pengguna pada Jumaat depan, 24 September 2010.

Berkenaan dengan harga bagi iPhone 4, Maxis dijangkakan akan menawarkan iPhone 4 32GB pada harga RM2690, manakala iPhone 4 16GB pada harga 2290. Harga jangkaan daripada DiGi dijangkakan sekitar itu juga, dan pakej dan pelan daripada kedua-dua syarikat telekomunikasi dijangkakan adalah lebih kurang sama seperti tawaran untuk iPhone 3GS pada masa sekarang ini.


mikro-SIM Pada iPhone 4 [via]

Kedua-dua syarikat telekomunikasi ini sebelum ini sudah sedia memperkenalkan mikro-SIM untuk diguna pakai pada iPhone 4 kelak, Penukaran kepada mikro-SIM dikenakan caj sebanyak RM25 oleh Maxis manakala RM20 oleh DiGi. Namun begitu, mungkin kedua-duanya akan memperkenalkan suatu pakej penukaran yang menarik untuk para pembeli iPhone 4 kelak.

Buat masa ini, kedua-dua gergasi telekomunikasi ini sudah mula membuat promosi masing-masing, dimana DiGi telah pun mula mempromosikannya pada laman mereka, manakala Maxis sudah mula mencari calon-calon jurublog untuk membuat ulasan iPhone4 ini kelak.

Komen