Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ianya kini diura-urakan yang mana Apple sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan iPhone 4 versi kedua menjelang bulan Oktober kelak. Ianya dikatakan yang mana versi kedua ini kelak tidak lagi akan mempunyai sebarang masalah yang berkait dengan antena seperti sebelumnya.

Apple iPhone 4 versi kedua ini dijangka akan diperkenalkan pada 30 September kelak, dimana tarikh terakhir Apple menawarkan bumper percuma untuk setiap iPhone 4 yang telah dibeli untuk menyelesaikan masalah antena padanya.
Pada masa yang sama, sehingga kini, Apple masih lagi belum mula menjual iPhone 4 berwarna putih kepada umum, dan berkemungkinan besar iPhone 4 versi kedua ini adalah iPhone yang berwarna putih.
Di Malaysia pula, Maxis dan DiGi dijangka akan memperkenalkan iPhone 4 pada bulan ini, September, ataupun paling lewat pada bulan Oktober kelak.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
dah pe cerita apple kena saman? syarikat teknologi gergasi xpe. mantap apple skang ni. utk masa hadapan, ingat nk cari gak laptop apple satu.
beli beli beli
geng kreativethemes xpe, semuanya guna apple…maju2.
pergh.. ni yg nyesal bila awal2.. kui3
Kebiasaannya macam tuh la.
Musti akan ada upgrade version punya~
lambat tul malaysia ni..haha kawan aku dah bawak ke hulu hilir dah iphone 4 dia..huhu..nasib beli kat luar negara jauh lebih murah lak tu
beli le beb.murah je.xsampai RM10000.
sobs xmampu beli barangan apple,
sangat mahal.
pakail henset 3310 je,
ckup sekadar leh kol n mesej.
btpe hp mahal tp krdt pon xder haha
kena tunggu lagi… ermmm…