02Sep

iTunes 10 Mengintegrasikan Fungsi Sosial – Ping

Google

Selain daripada Apple TV, Apple juga turut memperkenalkan iTunes yang baru, iaitu iTunes 10 yang memperkenalkan logo yang baru, selain turut sama memperkenalkan sebuah fungsi sosial yang baru khas yang berkait secara langsung dengan muzik.

Secara umumnya, sehingga kini, iTunes telah digunakan untuk memuat-turun sehingga lebih 11.7 billion lagu, lebih 450 juta rancangan TV, lebih 100 juta filem, dan 35 juta buku. Buat masa ini, iTunes mempunyai lebih 160 juta pengguna.

Melalui iTunes 10, Apple membawakan sesuatu yang lebih ringkas dan elegan berbanding sebelumnya. Melaluinya, Apple ingin memudahkan para pengguna untuk menemui segalanya mengenai muzik dengan lebih senang.

iTunes 10 juga membawakan Ping, iaitu rangkaian sosial yang mengutamakan muzik, sama seperti fungsi MySpace. Melaluinya, para pengguna boleh mengakses segala maklumat mengenai artis, lagu dan sebagainya secara terus melalui iTunes.

Bagi para pengguna yang berminat, anda sudah boleh memuat-turun dan menguji iTunes 10 sekarang, dan berikan maklumbalas anda berkaitan dengannya pada ruangan komen.


Blogger Memperkenalkan Aplikasi Android
Lihat Waktu Wayang Terus Pada Carian Google
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 28 Julai
Skrin Mati Pada Windows 8 Lebih Menarik Berbanding Windows Sebelum Ini
Google Memperlihatkan Pautan Google Play Pada Bar Navigasi Utama

2 Komen

  1. HIDUP SEORANG BLOGGER pada 03 Sep 2010

    wah, aku mesti update iTunes aku sekarang juga, bolehlah dengar lagu sambil ping kat twitter. erk, ada ke?

  2. mancai pada 07 Sep 2010

    fungsi menarik ni


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader