20Sep

Kini, Lebih 500,000 Pengguna Aktif Di Koprol

Yahoo!

Ingatkah lagi anda dengan Koprol dari Indonesia yang baru-baru ini telah dibeli oleh Yahoo!. Menariknya, kini Koprol terus berkembang dengan majunya, memperlihatkan angka pengguna berdaftar dalam seminggu melangkaui 100,000 sekaligus menjadikan keseluruhan pengguna Koprol melangkaui angka 500,000 pengguna.

Menariknya, selain pendaftaran yang terus meningkat, aktiviti para pengguna yang menggunakan aplikasi tersebut juga terus meningkat, dimana ianya hampir 4 kali ganda lebih aktif digunakan berbanding sebelum ini.

Sejak pembelian oleh Yahoo!, pelbagai promosi telah dijalankan secara aktif, termasuk iklan Koprol di stesen televisyen Indonesia. Selain daripada itu, terbaru, telefon bimbit Nexian yang bakal dikeluarkan turut sama didatangkan dengan aplikasi Koprol terbina.

Bagi yang tidak kenali akan Koprol, ianya merupakan salah satu aplikasi web seumpama FourSquare, dimana selain check-in, para pengguna juga boleh berkongsi gambar, ulasan dan pelbagai maklumat lain berkenaan sesuatu tempat dengan interaktif terus dari telefon bimbit mereka.


Delicious Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Salam Aidilfitri
Ketahui Pelawat Blog Anda Di Mana Melalui YM! 9
Yahoo! Bersedia Memperkenalkan Rekabentuk Baru
Kerjasama Yahoo-Microsoft Kini Pada Fasa Akhir

4 Komen

  1. Eizil pada 20 Sep 2010

    Sampai sekarang masih belum mencuba koprol ni… 100k dalam seminggu, tak lama lagi makin ramai aa penggunanya.

  2. DiaD pada 20 Sep 2010

    agaknya bila pulak malaysia nak ada website mcm foursquare pulak..baru best!

  3. Ali ridha pada 20 Sep 2010

    sampai skrng aku tak buka lgi
    koprol.

  4. sekilas info pada 06 Mar 2011

    sayang sekali hasil karya anak bangsa dijual ke orang luar

    sekalian mau ngasih info buat blogger yang mencari backlink dofollow dan mencari pengunjung silahkan promosikan di

    http://www.sekilasinfo.net, mudah2an berguna bagi seluruh blogger dan pembaca di tanah air

    trims


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader