Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Daripada para pembangun di sebalik FeedMalaya – Bat Huzairy dan Mior Crynobone, kini tidak lama lagi, mereka bakal membawakan sesuatu yang baru, dimana kini mereka sedang giat membangunkan sebuah laman baru dengan nama Kreative.my.

Antaramuka Kreative.my? [via]

Halaman Utama Kreative.my? [via]
Buat masa ini, ianya masih tidak ketahui mengenai konsep utama laman tersebut, selain sebuah mesej ringkas yang memaparkan dimana Kreative bakal berfungsi sebagai sebuah tempat pasaran untuk tema.
Namun begitu, melalui Twitter yang dikhaskan untuk laman tersebut, @MyKreative, dua tweet terkini memberikan idea dimana Kreative.my kelak bakal menawarkan gabungan penyedia tema premium dan juga tempat pasaran tema pada satu medium yang sama.
Ianya masih lagi belum jelas bagaimana laman ini kelak akan berfungsi, dan buat masa ini, pembangunannya dijalankan dengan agak pantas. Sehingga kini, ianya sedia diketahui yang mana antaramuka laman tersebut telah sedia direkabentuk, dan mungkin kini ianya sedang melalui fasa pembangunan kod dan sebagainya.
Mengikut apa yang dibaca melalui Twitter dan blog para pembangunnya, ianya sedia jelas yang mana Kreative.my akan menemui para pengguna tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wooot~
Harap2 theme wordpress yg dijual kt web sini murah2 dan berkualiti
betul2. aku ada terbaca dekat mana entah. tak ingat dah. tapi xde la dia tunjuk screeshot. ingat projek dari crynobone sorang je…rupanya bat pun terlibat gak. hohohoho, maju setapak lagi.
p/s : kreative.my ni sepupu dgn kreativethemes.com ke?
erm. sebenarnya diorang berdua takde kena mengena.
p.s : bat dan mior merupakan sebahagian daripada pasukan KT.
berpecah dari kreativethemes? Bat pun ada mentariworks.
Azwan, bukan berpecah. =D
Habis tu apa, berpisah utk sementara
Based on apa aku nampak kat gambar di atas, site tu macam open to everyone yg nak pasarkan theme masing-masing. Anyway, tunggu dan lihat
Amanz, Bat dan lain-lain
Selamat Hari Raya!
Yup, InsyaAllah, memang orang lain boleh jual theme/design sendiri kat sana nanti.
Selamat Hari Raya jugak Azwan, dah lama tak kita tak ngeteh sama-sama kan? haha
Bukan berpecah, setelah perlaksanaan dibuat kami harap ramai akan nampak yang we akan compliment each other, fokus utama Kreative.my adalah untuk menerokai segmen yang tidak diberikan fokus oleh KreativeThemes.
mereka ni berdaya maju dan masih muda2 belaka…
Bat, goodluck, nanti bila dah siap sms aku..