30Sep

Live Essentials 2011 Akan Di Lepaskan Esok

Microsoft

Setelah sekian lama dinantikan, kini ianya diperkatakan yang mana Microsoft secara rasminya bakal memperkenalkan generasi baru untuk Windows Live Essentials, iaitu Windows live Essentials 2011 awal pagi esok.

Sebelum ini, pada bulan Ogos yang lalu, versi beta untuk Windows Live Essentials telah pun dilepaskan kepada umum, yang mana menyertakan pelbagai aplikasi menarik, termasuk Windows Live Movie Maker, Windows Live Mail, Windows Live Writer, Windows Live Sync dan beberapa aplikasi lain.

Ianya dikatakan yang mana Windows Live Essentials 2011 ini bakal menggunakan sepenuhnya kebolehan Windows 7, yang mana ianya akan diintegrasikan sepenuhnya pada Windows 7 menggunakan Jumplist dan juga menggunapakai antaramuka Ribbon UI.

Windows Live Essentials dijangka akan dilepaskan kepada umum sekitar jam 2.00 pagi esok. Sama-sama kita nantikan pelbagai fungsi baru yang dibawakan olehnya nanti.


Internet Explorer 8 Di Lepaskan Secara Rasmi
Paparan Antaramuka Morro Mula Kelihatan
Office 2010 Seawal 12 Mei Untuk Pengguna Bisnes
Office 15 Bakal Membawakan Aplikasi Baru Dipanggil Moorea?
Beberapa Info Awal Berkenaan Windows Phone Tango Mula Kelihatan

2 Komen

  1. DiaD pada 30 Sep 2010

    akhirnya, lama giler tunggu benda ni keluar..

  2. Anarm pada 04 Oct 2010

    dah donlod..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader