Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Walaupun belum lagi dilancarkan secara rasminya di Malaysia, Maxis melangkah awal dengan memperlihatkan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh mereka. Seperti yang diura-urakan sebelum ini, harga jualan untuk iPhone 4 32Gb adalah RM2,690 dan RM2,290 untuk 16Gb.
Namun begitu, sekiranya anda membeli dengan kontrak di bawah Maxis, anda boleh mendapatkannya pada kadar yang lebih murah lagi, dan semestinya perlu mengguna-pakai rangkaian Maxis untuk iPhone 4 anda.


Pakej dan Pelan Yang Di Tawarkan Oleh Maxis
iPhone 4 akan mula dijual di 5 Maxis Centre (KLCC, Pavillion, MidValley Gardens, TTDI dan juga Sunway Pyramid) di sekitar Lembah Klang pada 26 September ini, dan di bahagian lain mulai 27 September kelak. Selain daripada itu, Maxis juga turut menawarkan naik-taraf kontrak untuk pengguna Maxis sedia ada memiliki iPhone 4 ini.
Buat masa ini, DiGi masih lagi belum mengumumkan pakej dan pelan yang bakal ditawarkan oleh mereka. Namun begitu, memandangkan Maxis telah mula memperlihatkan pakej mereka terlebih dahulu, berkemungkinan besar, DiGi sedang menyiapkan sesuatu yang istimewa untuk para penggunanya. Sama-sama kita nantikannya.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hohohoho. tahniah maxis, laju je mempromosi iphone4. kita tengok plan digi plak. sellcom?
maxis punya plan mmg menarik tapi bila dtg bill dia jadi x menarik..pada aku offer digi mungkin menarik..aku dgr bnyk masalah bila subscribe dengan maxis..
nak digi jugak. haha.
apa beza iValue ngn iData?
uhuk2.. kena fikir banyak kali ni.. hohoho masih lagi tak mampu.. hahah
common digi.biler nak tnjuk korg nye plak
masih setia pada blackberry.. (padahal tak cukup duit nak beli iphone4)
Kredit topup aku RM200 cukup untuk setahun.
So, ternyata kalau aku beli iPhone ni sah kerja buang duit.
masih ternanti-nanti dengan pakej dari Digi pula, stakat ni maxis nyer plan ni macam menarik, tapi rasanya macam Digi akan lagi menarik jer. huhuhu
kita tgk je la nanti.klu Digi lbh
menarik.ambil je la Digi.ape nak susah.
Pergh, rasa tak sabar nak pakai i-phones. tapi akdang-kadang rasa dilema gak, sebab blackberry pun macam menarik jugak. huhu. blackberry ke iphones4 ek? Grrr.