24Sep

Maxis Melancarkan iPhone 4

Apple, Telekomunikasi

Seperti yang dinantikan, Maxis telah pun melancarkan iPhone 4 mereka secara rasminya pada hari ini, sekaligus membolehkan para pengguna membeli dan memilikinya. Maxis menawarkan iPhone 4 pada harga RM2290 untuk iPhone 4 16GB manakala RM2690 untuk iPhone 4 32GB.


Pakej iPhone Daripada Maxis

Maxis juga menawarkan para pelanggannya kebolehan untuk menaik-taraf kontrak sedia ada mereka dengan mengemaskininya kepada iPhone 4. Untuk mengetahui sama-ada anda layak ataupun tidak, anda hanya perlu hantarkan SMS ringkas dengan teks UPGRADE kepada 2082.

Para pengguna juga turut boleh mendapatkan iPhone 4 daripada Maxis tanpa sebarang pakej, dan hanya membeli telefon pintar iPhone 4 sahaja. Bagi para pengguna yang berminat, mereka boleh mendapatkan iPhone 4 daripada Maxis daripada 5 lokasi mulai esok, iaitu di Maxis Centre KLCC, Pavillion, MidValley Gardens, TTDI dan juga Sunway Pyramid.


U-Mobile Ingin Memperkenalkan Rangkaian LTE Sepantas 100Mbps
Tune Talk Bakal Melancarkan Perkhidmatan BlackBerry Termurah Di Malaysia?
Motorola Xoom Bakal Dilancarkan Minggu Ini - Berharga RM2599
Maxis Akan Menawarkan Galaxy S2 Serendah RM799 Untuk 300 Pelanggan Pertama
Yes4G Memperkenalkan Perkhidmatan Internet Percuma Di UiTM

8 Komen

  1. Eizil pada 24 Sep 2010

    Owhh… boleh gak beli tanpa pakej erk… boleh tahan menarik harga dia

  2. rashid pada 24 Sep 2010

    Pakej percuma oleh maxis nampak murah, tapi bayar bulan bulan macam bayar keta plak…Pakej digi tak pandang, sebab pakai maxis…hehe

  3. Ali ridha pada 24 Sep 2010

    harga boleh tahan ni….

  4. denaihati pada 25 Sep 2010

    Kalau nak di kira lebih kurang je harganya ni. Aku guna yg open je lah.

  5. Taufik Mansor pada 26 Sep 2010

    bayar bulan-bulan yang x leh tahan tu… hmmmm

  6. Mohd Isa pada 26 Sep 2010

    menarik ni, tp bilalah aku mampu nak miliki iPhone ni.

    hari ni tu bila bro? takda tarikh pun pada post. :)

  7. hafidz pada 27 Sep 2010

    Fuh harga dia memang boleh tahan juga~ ;)

  8. ariel pada 23 Oct 2010

    wassup..bro kalu yg x der pakage 2 cm ner ha.??ne bayar 2k lbh 2 ker??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader