Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ramai yang tidak ketahui yang mana Mimos merupakan antara yang terawal memperlihatkan PC tablet mereka – MakCik PC dan iDola jauh sebelum Apple memperkenalkan iPad mereka. Namun suatu perkara yang amat mendukacitakan kerana produk ini tidak dijual di pasaran terbuka, sekaligus ramai yang tidak mengetahui akan kewujudannya.

Pelancaran Mimos iDola v2 Pada Bulan Januari Lalu
Untuk pengetahuan pembaca, tablet iDola ini dikatakan mengguna-pakai perisian Jemapoh yang mana turut boleh digunakan pada komputer desktop, notebook dan juga telefon pintar. Namun sekali lagi, informasi berkaitannya adalah amat sedikit, dan tidak begitu banyak perkara yang diketahui berkenaannya. Selain daripada itu, beberapa informasi teknikal yang dapat diketahui berkenaan dengan iDola ini adalah yang mana ianya mengguna-pakai RAM sebesar 1GB yang mana boleh dikemaskini sehingga 2GB, selain membawakan sokongan WLAN dan Bluetooth, serta menyokong teknologi IPv6. Ianya juga didatangkan dengan stylus untuk memudahkan para pengguna, selain kekunci di sebelah kanan dan kiri untuk navigasi. Ianya juga didatangkan dengan webcam terbina dibahagian hadapan.

Pandangan Hadapan iDola v2

Bahagian Belakang iDola v2

iDola Tidak Begitu Tebal

Webcam Dan Kekunci Pintas Pada iDola

Pelekat Info Di Belakang Tablet iDola
Sepatutnya, iDola v2 ini adalah sebahagian daripada projek untuk menambah kadar celik IT dan pengguna jalur-lebar di Malaysia. Namun begitu, ianya secara tiba-tiba telah ditukar kepada netbook dengan nama yang lebih kurang serupa. Netbook ini telah pun mula diedarkan diseluruh Malaysia sejak awal bulan puasa tempoh hari.
21 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Ala kesiannya. Sepatutnya dah lebih maju.. tapi terlungkup sebab tak dipasarkan secara betul.. ntahlah
owhh… tak pernah tahu pasal benda ni… dapat tahun bila dah dihentikan pulak..
Fuhhh aku xpernah tahu pun pasal ni.. btw.. mmg cantik model tu.. hohohoho
oh.. mimos pun ada tablet PC jugak eh.. tapi sayang la tak jual..
hmmm.. xde strategi pemasaran ke..
bnda bgs 2..
dah tu yang dalam gambar tu sapa punya eh? nak jual ker? hehe
@eiman : Dia ada hantar beberapa buah kat orang-orang yang berjawatan tinggi (ikut info yang aku dengar). Selain itu, dia ada gak kuarkan beberapa unit untuk dijual, tapi tak tahu camne nak dapatkan dia.
Hmmm,sygnya produk tempatan ni tak dpt pergi lebih jauh…
P/S: woah! layout theme yg baru nmpk segar…nice!
aku nampak windows xp..
idea dah ada cuma terlalu awal?
ramai xbersedia dgn teknologi tersebut?
err..dan aku nampak agak besar dan mungkin agak berat..huhu
jual kat aku sorang dah le.
alahai…. boleh tak technician2 mimos installkan semula tablet2 yg tak menjadi tu guna OS Android ker, windows ce 6 ker, atau edisi xp tablet paling kurang…. boleh jugak makcik2 nk gunakan nak tulis diari harian sebelum masuk tidur atau tulis resepi baru, paling kurang mesti ada program notepad yg boleh simpan dlm sd dlm format .txt kemudian juallah pada harga rm450 sebiji…pasti laku manakala utk akses internet…harap2 juga adelah pakej akses gprs prepaid rm20 sebulan, caj guna rm2 utk sejam pun takper, cuz jimatkan masa guna internet dgn tulis dulu guna wordpad atau notepad kemudian copy paste ke emel….senang jer…jimat masa…. jangan lupa mesti ade sambungan port usb standard utk keyboard,mouse dan pendrive ya…… senanng sikit kerje menaip tu….kikikiki
Wow, bagusla malaysia cipta teknologi ini, tapi saya ragu2, “merupakan antara yang terawal memperlihatkan PC tablet mereka – MakCik PC dan iDola jauh sebelum Apple memperkenalkan iPad mereka”… err. bkn nk hina tapi, utk pengetahuan penulis apple da lame nk release iPad, tpi ditangguhkan kerana masih blom memuaskan steve jobs.. steve job develop iPad sebelom iPhone lagi, tp teknologi multi-touch blom matang… dan saye tertanya2, kenapa nk banding ngan apple???
membangunkan tablet, dan memperlihatkan tablet tue jauh beza dia. kalau camtue, kita boleh katakan yang mana Mimos dah lama lagi membangunkan tablet mereka.
btw, tiada sebarang niat untuk membandingkan dan sebagainya. cuma bila berkata kepada umum, ramai yang memikirkan yang mana iPad merupakan tablet pertama didunia.
Yap, iPad mmg bkn tablet pertama.. kerana ia MENCIPTA kategori baru.. dan ia adalh pertama dlm kategori tersbt. dan saya lihat setelh pelancaran iPad pertma, ia mendpt kritikan yg teruk drpd reviewr.. namun jika kita lihat skrg, ramai syarikat besr dan kecil membangunkn tablet mereka, dan berkonsepkan iPad… itu pendpt sy, kalau slh, penulis tolong btulkan… saya da lama mengikuti perkembangan apple, dan saya telah lihat byk KEYNOTE apple..
Sbg contoh lain, iPhone adalah bkn smartphone pertama dunia… tp apple telah REINVENT THE PHONE… dan sy mmg bersetuju dgn itu.. Jika kita lihat smartphone dulu, kebanyakannya menggunakan stylus, dan apple adalah PERTAMA menghapuskan trend tersebut dengan mencipta MULTI-TOUCH yg hebat, dan OS yg robust.. dan skrg, smartphone maker seperti HTC, NOKIA, MOTOROLA, SONY, SAMSUNG membuat konsep smartphone yg sama seperti iPhone.. dan itulah yg saya lihat pada iPad.. ia bkn tablet pertama, tp ia REINVENT TABLET n it is a whole new category of device…
Mimos dh bagus cuba mmbangunkan tablet sdri..harap dimasa hadapan akan ader lagi usaha yg lebih brjaya sekaligus menaikkan martabat bidang teknologi malaysia ke mata dunia..
Cma apa yg pasti,biar betul2 define “tablet” dulu..byk manufacter lain yg gagal / kurang brjaya dlm pembuatan tablet sbb designnya yg kurang tepat..
Tablet kena portable (mudah dibawa). Kalau besar dan berat dekat 4 kg. Baik bawak papan batu dan kalam batu je.
MIMOS dah bagus bangunkan tablet sendiri tapi rakyat malaysia x tahu pulak…. rakyat malaysia nak merasakan tablet ciptaan anak malaysia… asyik galaxy tab atau pun ipad yang orang biasa guna… HMMM.. Kalau dah ada di pasaran maklumlah kepada saya
huh…aku salah jawab aaa soalan td…mungkin dari segi nama xcatchy…if name iCADE camna?ok x?apa pun yg product malaysia yg dibgnkan mesti ada yakin diri…ur product is good enough to be sell..just modified according to majority demand or target to certain group
Dengan adanya OS android, kini tablet pun depa boleh produce. CSL dah buat tablet satu, MiMOS pun bila lagi? Kena redisign balik tablet tu dan letak android jika plan depa untuk bina balik, atau…biarkan terkubur begitu sahaja. Jenama tempatan, tapi….macam tak laku jer sebab kurang sambutan.