22Sep

Pelan dan Pakej iPhone 4 Maxis Mungkin Berubah?

Apple, Gajet, Telekomunikasi

Setelah memperlihatkan pelan dan pakej untuk iPhone 4, kini Maxis telah pun membuang bahagian tersebut pada laman utama mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana berkemungkinan besar harga dan pakej yang ditawarkan mereka mungkin berubah.

Maxis bakal melancarkan iPhone 4 secara rasminya antara pukul 11 malam hingga 2 pagi esok, dan kini dengan membuang bahagian harga dan pakej, ianya memberikan idea yang mana harga akhir iPhone 4 kelak mungkin berubah.

Sebelum ini, melalui pelan iValue 1 yang didatangkan dengan 1GB data, 333 minit panggilan, 200 SMS dan 20 SMS pada harga RM100 sebulan, para pelanggan boleh mendapatkan iPhone 16GB pada harga RM1,390 untuk kontrak 24 bulan. Pelbagai pakej lain juga diperlihatkan oleh Maxis sebelum ini. Selain daripada itu, Maxis turut sama menawarkan pelanggan sedia adanya dengan pilihan untuk kemaskini kepada iPhone baru dengan menambah masa pada kontrak sedia ada mereka.


YES -Rangkaian Internet 4G Terpantas Dengan Suara
Galaxy Tab 7-inch Dengan Skrin AMOLED Bakal Diperkenalkan Tahun Hadapan?
HTC Puccini Bakal Dilancarkan Sekitar Bulan September Atau Oktober?
Ulasan Penuh Nokia N9 - Telefon Pintar MeeGo Dari Nokia
#Santai : Video Sokongan Magikal Pada Apple iPad 3

2 Komen

  1. Ali ridha pada 22 Sep 2010

    tukar fikiran ye Maxis.hahaha…

  2. denaihati pada 23 Sep 2010

    Ni mesti nak lawan Digi yg lancar lebih awal…untunglah pengguna iPhone 4 ni sebab ada pilihan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader