11Sep

Perkhidmatan Yahoo! Mail Bakal Berevolusi

Yahoo!

Untuk mengelakkan para pengguna yang makin berkurangan dari hari ke hari, kini Yahoo! dikatakan bakal menaik-taraf perkhidmatan emel percuma mereka, dibawah nama projek Minty, sekaligus membawakan servis yang lebih pantas lagi daripada sedia ada.

Dengan servis seperti Facebook dan Twitter, ramai yang sudah kurang menggunakan emel, dan dengan Google yang sentiasa menaik-taraf perkhidmatan emel mereka dengan fungsi-fungsi baru, ramai yang telah meninggalkan emel Yahoo! dan berpindah kepadanya.

Melalui projek Minty ini, kini Yahoo! ingin menumpukan perhatian dalam meningkatkan lagi kelajuan melayari servis mereka di pasaran antarabangsa, terutamanya di negara dengan sambungan internet yang perlahan. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana Yahoo! bakal memperkenalkan antaramuka yang lebih ringkas seperti aplikasi mudah-alih mereka.

Yahoo! Mail dijangka akan memperkenalkan prestasi yang dipertingkatkan dengan rekabentuk yang menawan hati, selain integrasi penuh dengan rangkaian sosial, seperti Facebook. Perubahan pada Yahoo! Mail ini dijangka akan dapat dilihat seawal penghujung tahun ini.


Friendster dan Yahoo! Umumkan Kerjasama
Yahoo! Mulakan Ujian Bersama Dengan Microsoft
Yahoo! Bakal Menutup Perkhidmatan MyBlogLog Pada 24 Mei
Ovi Mails Dan Chat Kini Dijana Oleh Yahoo!
Google Berminat Untuk Mendapatkan Yahoo!?

3 Komen

  1. Ali ridha pada 11 Sep 2010

    google mail boleh dikatakan ringan n ringkas.
    si yahoo mail mesti buat benda yg buat
    org guna mel mereka.

    • mosyar pada 12 Sep 2010

      betul dah tu, tapi sehingga aku ini aku masih lagi support yahoo mail. hahahaha. gmail memang ada tapi dah tak aktif. wakakaka.

      pernah gak buat email forwarder ke yahoo mail.

  2. DiaD pada 13 Sep 2010

    aku skrg guna hotmail jer.. hotmail lagi simple dr yg lain


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader